Penerbit UTHM

Penerbit UTHM

dsc 6240

Bengkel "Aku Penjual Buku Ilmiah 2012”

MAPIM menganjurkan “Bengkel Aku Penjual Buku Ilmiah 2012” pada 3 – 6 April 2012 di Permai Hotel,Terengganu sebagai langkah memantapkan persediaan penyertaan dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Tuan Hj. Khalid Mazlan, Pengerusi Jawatankuasa Operasi Pemasaran MAPIM dalam ucapan perasmian bengkel ini menegaskan bahawa pengetahuan peserta tentang tugas dan tanggungjawab, khususnya kerjasama dan perkongsian bijak dalam jualan buku semasa menyertai pesta buku dapat memberi sumbangan kepada MAPIM  agar dapat bersaing bagi menghadapi cabaran masa kini.Jawatankuasa bengkel ini dipengerusikan oleh Tuan Hj. Khalid Mazlan (UTM) dan ahli-ahli jawatankuasanya terdiri daripada En. Yosman Bain (UTM), En. Sofian Makmum (INTAN),  En. Zulhilizan Othman (UniMAP) En. Ramli Mosmin (UPSI), En. Mohd Khoiri Md Saman (UUM), En. Mohd Nadzir Abd Manaf (USIM) dan Siti Noraini Mohd Fetri (INTAN).

Seramai 30 peserta daripada 18 institusi ahli MAPIM telah menyertai kursus selama empat hari ini. Kursus ini dikendalikan oleh Waha Solution Sdn. Bhd, merupakan sebuah organisasi perundingan yang menyediakan latihan khusus dalam bidang jualan interpersonal dan peruncitan.

Peserta bengkel didedahkan  dengan pelbagai ilmu sebagai penjual buku ilmiah dalam aspek Penerapan Nilai-Nilai Murni, Amalan Berbudi Bahasa, Komunikasi Berkesan Imej dan Ketrampilan, Pengurusan Emosi dalam Pembinaan Karektor Cemerlang dan Kenali Produk Penjual Buku Ilmiah. Ilmu ini memberi bekalan kepada peserta untuk menjana idea dan pemikiran baru secara individu dan berkumpulan dalam memantapkan profesionalisme pemasaran secara interpersonal.

Dalam latihan praktikal setiap peserta diberi cabaran menjual buku ilmiah dilokasi yang ditetapkan seperti di pasaraya Giants, Mydin dan stesen bas. Sesi latiahan praktikal ini memberi kesedaran tugas jurujual jualan buku ilmiah memerlukan sifat kreatif dan inovatif bagi mengangkat martabat institusi. Sesi penutup bengkel ini disempurnakan oleh En. Abdul Rashid Muhamad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Operasi Pemasaran MAPIM.

Sumber daripada : www.1mapim.my

 
NEURAL NETWORK SYSTEM IDENTIFICATION Experimental Approach of a Quarter Car Modelling

Terbitan Terkini 2012

The Sinking Earth
Revenge Of The Soils : How Do We Survive

• ISBN : 978-967-5457-78-4

• Pengarang : Chee-Ming Chan

• Jumlah mukasurat : 122ms

• Harga : RM22.00

• Tahun : 2012


The Sinking Earth: Is it a joke?
No, it is not a joke. Neither is the book a premonition of how the Earth would end! It is simply a book on how we are running out of good grounds to build and accommodate our species, hence forced to develop on less favourable grounds of poor quality soils. With the tendency of these poor quality soils to undergo subsidence, construction of any kind is not possible without first treating the soils. This is what the book is all about: implementing scientifically formulated engineered methods as anti-sinking countermeasures for the soils. But behold, it is NOT another boring engineering book. Far from that, it is an ordinary book written for ordinary folks like you and me, who want to know why the sinking occurs and how we can effectively prevent it, in no other than ordinary language. We can all be enlightened in engineering matters, without the technical jargons, complex theories and above all, tiresome text!

 
NEURAL NETWORK SYSTEM IDENTIFICATION Experimental Approach of a Quarter Car Modelling

Terbitan Terkini 2012

NEURAL NETWORK SYSTEM IDENTIFICATION
Experimental Approach of a Quarter Car Modelling

• ISBN : 978-967-5457-91-3

• Pengarang : DIRMAN HANAFI BURHANNUDDIN

• Jumlah mukasurat : 207ms

• Harga : RM26.00

• Tahun : 2012


This book is intended for senior undergraduate or post graduate in control system engineering. This book is based on the author research and study experiences. This book covers topics on neural network, car suspension system, vibration dynamic model, experimental method and system identification. It is aimed to give overview a quarter car modelling using intelligent system identification.

   
You are here: