PEMBINAAN MODEL TRANSISI INSTITUSI BERASASKAN KOMPONEN PENYESUAIAN PELAJAR

Nor Hashimah Abu Bakar, Zulkifley Mohamed

Abstract


Transisi institusi merupakan satu fasa yang kritikal terhadap pelajar. Langkah yang perlu diambil untuk menjadikan fasa ini dapat dilalui dengan baik ialah menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Justeru, satu model transisi institusi berasaskan penyesuaian pelajar bagi memperlihatkan hubung kait antara beberapa pemboleh ubah penyesuaian diperlukan agar dapat menilai perubahan yang berlaku terhadap pelajar. Kajian ini bertujuan membina model transisi institusi berasaskan empat komponen penyesuaian pelajar (TIPP). Teori transisi Schlossberg menjadi asas kepada pembinaan model TIPP. Manakala Student Adaption to College Questionnaire (SACQ) digunakan sebagai instrumen transisi pelajar. Subjek kajian terdiri daripada pelajar Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Pendidikan Matematik di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Empat komponen penyesuaian (akademik, sosial, peribadi-emosi dan komitmen institusi) menjadi tumpuan kepada kajian ini. Model diuji dan dinilai melalui analisis Model Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Separa (MPB-KDTS). Kajian dilakukan berjaya mengemukakan model TIPP berdasarkan Teori Transisi Schlossberg dan memperlihatkan hubung kait secara serentak antara komponen-komponen penyesuaian.

Keywords


Model transisi, penyesuaian, pemodelan kuasa dua terkecil separa.

Full Text:

PDF