PEMODELAN PENERIMAGUNAAN MAKLUMAT BERKAITAN ISLAM DI INTERNET: PENGAPLIKASIAN MODEL PENERIMAAN TEKNOLOGI (TAM)

Mohd Sobhi Ishak

Abstract


Model Penerimaan Teknologi (TAM) sering digunakan dalam kajian berkaitan pengaplikasian teknologi dalam masyarakat. Dalam konteks kajian berkaitan Internet, persepsi terhadap medium Internet, tahap keinginan menggunakan Internet dan tahap penggunaan Internet untuk berkaitan maklumat agama memerlukan penelitian secara empirikal. Artikel ini memfokuskan kepada tahap penerimagunaan maklumat dalam perspektif agama Islam di Internet berasaskan Model Penerimaan Teknologi (TAM). Seramai 1180 orang responden terdiri daripada pengguna Internet dari latar pendidikan agama Islam terlibat dalam kajian tinjauan cross sectional berasaskan borang soal selidik. Analisis Pemodelan Persamaan Struktur (SEM) digunakan untuk menentukan model hipotesis kajian yang dibentuk. Dapatan kajian menunjukkan bahawa golongan berpendidikan agama menerimaguna maklumat berkaitan Islam di Internet berdasarkan tanggapan bahawa Internet mudah diguna dan tanggapan Internet adalah berguna. Kesimpulannya, pengguna Internet daripada latar pendidikan agama telah dapat menerima penggunaan medium Internet sebagai medium komunikasi maklumat berkaitan Islam. Penerimaan ini menjadi petanda signifikan dalam menjelaskan kepentingan Internet sebagai medium komunikasi maklumat merentasi bidang ilmu.

Keywords


Internet, Islam, Model Penerimaan Teknologi (TAM), Pemodelan Persamaan Struktur (SEM)

Full Text:

PDF