PENCAPAIAN KURSUS MATEMATIK DAN STATISTIK DI KALANGAN PELAJAR UTHM: FAKTOR MEMPENGARUHI DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LEBIH DIMINATI

Siti Noor Asyikin Mohd Razali, Suliadi Firdaus Sufahani, Norazman Arbin

Abstract


Kajian ini bertujuan mengenal pasti punca yang mempengaruhi pencapaian kursus matematik dan statistik di kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Seramai 2605 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini dan pemilihan responden adalah dilakukan secara rawak berstrata berdasarkan jumlah populasi pelajar di setiap fakulti. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif analisis seperti min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus untuk menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik dan statistik. Seterusnya, kajian ini juga mengenalpasti kaedah dan teknik pembelajaran yang lebih diminati pelajar dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis Pareto. Hasil kajian mendapati faktor latar belakang diri, faktor tenaga pengajar, dan faktor kondisi tempat pengajian mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik dan statistik manakala kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar adalah lebih diminati oleh pelajar berbanding pembelajaran berpusatkan guru.

Keywords


Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar; Teknik Pembelajaran di Luar dan dalam Bilik Kuliah.

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2016 Journal of Techno-Social

ISSN : 2229-8940

e-ISSN : 2600-7940

jts@uthm.edu.my

Creative Commons License
This OJS site and its metadata are licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.