PENGENALAN KEPADA KONSEP WARISAN ISLAM DAN PEMELIHARAANNYA MENURUT PERSPEKTIF AL QURAN

Mikdar Rusdi, Mohd. Hisyam Abdul Rahim, Shakila Ahmad, Hussain Othman

Abstract


Sudah menjadi pandangan umum bahawa warisan merupakan peninggalan generasi lampau yang menjadi tatapan generasi sekarang, ianya datang sebagai pusaka atau panduan dan renungan bagi generasi berikutnya yang prihatin dengan perjalanan sebuah tamadun. Pemahaman umat islam tentang Warisan sering dipahami hanya terhad kepada pembahagian harta pusaka sahaja manakala intipatinya lebih daripada itu, oleh yang demikian tulisan ini cuba mengemukakan suatu pandangan mengenai konsep warisan yang terdapat dalam al-Qur`an dengan berpandukan kepada sistem pentafsiran tematik al-Qur`an, di mana fakta-faktanya banyak dijumpai pada ayat-ayat yang mengandungi kisah (sejarah) nabi-nabi dan rasul, dan ini mempunyai nilai warisan yang menjadi renungan dan tatapan umat-umat yang datang selepasnya. Makalah ini terfokus pada persitilahan warisan, konsep warisan, bentuk-bentuknya serta bagaimana membina formula pelestarian warisan.

Keywords


warisan Islam, pemeliharaan, perspektif, al-Quran

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2016 Journal of Techno Social

ISSN : 2229-8940

e-ISSN : 2600-7940

jts@uthm.edu.my

Creative Commons License
This OJS site and its metadata are licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.