PENCAPAIAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU TATACARA MENYELAMAT SEWAKTU BANJIR DAN KAEDAH PEMULIHANA DALAM KALANGAN KOMUNITI KUALA KRAI, KELANTAN, MALAYSIA

Yazid Saleh, Hanifah Mahat, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, Koh Liew See

Abstract


Pelaksanaan program pemindahan ilmu tatacara menyelamat ketika banjir dan kaedah pemulihan adalah salah satu langkah inisiatif Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai dan Kementerian Pelajaran Tinggi untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti dalam mengaplikasikan tatacara menyelamat sewaktu banjir dan mampu untuk memulihkan semula kehidupan selepas banjir. Pengetahuan mengenai tatacara menyelamat telah dipindahkan secara berperingkat daripada ahli akademik kepada Graduate Intern (GI), ketua-ketua kampung dan ahli kumpulan ResQ UPSI seterusnya pemindahan ilmu daripada GI kepada komuniti kampung dilakukan dengan bantuan modul tatacara menyelamat sebagai panduan persediaan komuniti menghadapi banjir dan modul pengurusan dan pembinaan shelter/rumah segera. Keberkesanan program ini dinilai berdasarkan penguasaan ilmu dalam kalangan komuniti sebelum dan selepas pelaksanaan program. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa berlaku peningkatan bilangan komuniti yang menguasai ilmu tatacara menyelamat (81 peratus), ilmu penggunaan peti ubat untuk pertolongan cemas (83 peratus) dan ilmu pembinaan shelter 57 peratus selepas melibatkan diri dalam program pemindahan ilmu. Kesimpulannya, program ini telah memberi manfaat kepada komuniti Kuala Krai dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai tatacara menyelamat, pertolongan cemas dan pembinaan shelter bagi mengurangkan kesan banjir.


Keywords


program pemindahan ilmu, tatacara menyelamat, penggunaan peti ubat, pembinaan shelter, Jajahan Kuala Krai

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2018 Journal of Techno Social

ISSN : 2229-8940

e-ISSN : 2600-7940

jts@uthm.edu.my

Creative Commons License
This OJS site and its metadata are licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.