KAJIAN PANDANGAN PIHAK PEMBUAT DASAR TERHADAP KONSEP KOLEJ KEDIAMAN LESTARI DI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA.

Mohd Reduan Buyung, Haryati Shafii

Abstract


Kolej kediaman selama ini telah dibangunkan berdasarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pembangunan Kemudahan Kolej Kediaman IPTA (2012). Namun, kekurangan yang terdapat dalamnya telah menimbulkan kelemahan dalam penyediaan kemudahan di kolej kediaman. Akibatnya berlaku ketidakselesaan penghuni yang memberikan kesan buruk terhadap proses pembelajaran seterusnya menjejaskan kelestarian kolej kediaman. Permasalahan ini akhirnya membawa kepada kemerosotan kualiti hidup penghuni. Kajian ini bertujuan menganalisis pandangan pembuat dasar iaitu  kementerian sahaja iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) terhadap pembangunan konsep kolej kediaman lestari di universiti awam Malaysia. Metodologi adalah pengumpulan data secara  kualitatif (temu bual) dan analisis data kualitatif dianalisis secara analisis kandungan. Hasil temu bual bersama pihak pembuat dasar KPT dan KeTTHA telah mendapatkan input, sokongan dan nasihat. Antara input tersebut kolej kediaman sebagai pusat pembelajaran kedua membentuk mahasiswa holistik dan penerapan elemen hijau dalam kemudahan di kolej kediaman. Maklumat yang diperolehi dijangka dapat membantu dalam membangunkan sebuah kolej kediaman lestari yang selesa dan konduksif seterusnya mampu meningkatkan kualiti hidup pelajar universiti.


Keywords


kolej kediaman, pembangunan lestari dan kualiti hidup

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2018 Journal of Techno Social

ISSN : 2229-8940

e-ISSN : 2600-7940

jts@uthm.edu.my

Creative Commons License
This OJS site and its metadata are licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.