Implikasi Pengurusan Strategik Terhadap Pembangunan Profesionalisme Pensyarah

Authors

  • Wan Hanim Nadrah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Afiqah Hazirah Musa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Pengurusan strategik, kepimpinan, profesionalisme, Pensyarah, TVET

Abstract

Artikel ini membincangkan secara terperinci implikasi pengurusan strategik terhadap pembangunan profesionalisme dalam pensyarah di institusi Teknikal dan Vokasional (TVET). Apabila landskap pendidikan mulai berkembang, pengurusan strategik merupakan sebagai satu dasar faktor yang kritikal dalam membentuk kualiti pengajaran serta keberkesanan dalam satu persekitaran TVET. Kajian ini mengkaji hubungan di antara amalan pegurusan strategik dan pembudayaan profesionalisme dalam kalangan pensyarah. Kajian ini menyelidik dimensi utama iaitu pengurusan strategik termasuk dari aspek strategi kepimpinan, penggunaan teknologi serta reka bentuk kurikulum. Melalui kajian yang komprehensif semakan adalah bertujuan bagi mengenal pasti sebarang amalan baik, jurang dan corak dalam kajian yang sedia ada. Hasil kajian literatur sistematik dengan 23 buah artikel yang digunakan melalui platform secara atas talian Google Scholar mendapati dapatan kajian menunjukkan bahawa pengurusan strategik ini bukan sahaja dapat mempengaruhi aspek pentadbiran dan pengajaran dalam institusi TVET namun memberi impak yang jelas dan ketara kepada pertumbuhan professional pensyarah. Kajian ini semula ini menunjukkan kejayaan pelaksaaan inisiatif yang telah membawa kepada peningkatan inovasi dalam pedagogi, kecekapan pengajaran dan meningkatkan penglibatan pensyarah TVET. Sebaliknya, halangan serta cabaran dalam menerapkan pengurusan strategik yang berkesan bagi pembangunan professionalism pensyarah turut diteroka. Selain itu, mampu menyumbang kepada pemahaman teori bagi subjek tetapi juga ia juga memberi pandangan yang praktikal bagi pembuat dasar, pentadbir institusi dan pensyarah. Hasil daripada sorotan literatur ini menunjukkan penekanan kepada kepentingan pengurusan strategik dalam memupuk suatu persekitaran yang kondusif untuk profesionalisme pensyarah di isntitusi TVET.Melalui hasil penyatuan pengetahuan daripada bahan yang ditemui ini berfungsi sebagai salah satu sumber yang berharga yang merupakan salah satu usaha penyelidikan yang berguna untuk masa akan dating serta memberi makluman bahawa proses membuat keputusan strategik adalah bertujuan bagi memajukan lagi kualiti Pendidikan institusi TVET.

Downloads

Published

03-07-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Wan Hanim Nadrah, & Afiqah Hazirah Musa. (2024). Implikasi Pengurusan Strategik Terhadap Pembangunan Profesionalisme Pensyarah. Journal of TVET and Technology Review, 2(1), 38-46. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jttr/article/view/18124