• Sales: +6074537051

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel
resep nasi kuning resep ayam bakar resep puding coklat resep nasi goreng resep kue nastar resep bolu kukus resep puding brownies resep brownies kukus resep kue lapis resep opor ayam bumbu sate kue bolu cara membuat bakso cara membuat es krim resep rendang resep pancake resep ayam goreng resep ikan bakar cara membuat risoles

Terbitan Terkini

Isu Wanita: Perbahasannya Menurut Al-Quran & Al-Sunnah

Isu Wanita: Perbahasannya Menurut Al-Quran & Al-Sunnah

Penulis : Norhana Ahad, Mohammad Fahmi Abdul Hamid, Raihannah Abdullah

Harga : RM 23.00

ISBN : 978-967-2110-12-5

Tahun terbitan : 2017

Bil. muka surat : 134  muka surat

Secara amnya buku ini membincangkan tentang polemik kewanitaan dalam konteks reproduksi diri dan seksual mereka mengikut landasan syariah iaitu berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Setiap permasalahan yang sering kali menjadi topik pertanyaan kaum wanita itu dirungkai melalui kaca mata yang lebih luas, di mana skop perbahasannya dinilai dengan sumber-sumber yang berautoriti dan disimpulkan dalam ruang lingkup yang lebih bersederhana.

Buku ini turut membincangkan tentang kedudukan wanita yang melibatkan urusan perkahwinan dan perceraian yang terkandung dalam perundangan syarie di negara kita. Ia sebagai suatu maklumat kepada masyarakat terhadap hak-hak wanita semasa dalam konteks perundangan.

ISU-ISU DALAM MASYARAKAT ISLAM

ISU-ISU DALAM MASYARAKAT ISLAM

Penulis : Badriyah Hajij Salleh, Nazirah Lee

Harga : RM 29.00

ISBN : 978-967-2110-06-4

Tahun terbitan : 2017

Bil. muka surat : 215 muka surat

Islam memainkan peranan penting dalam masyarakat Malaysia bukan hanya kerana ia dianggap sebagai agama rasmi di negara ini, bahkan juga disebabkan oleh pengaruhnya dalam membentuk norma dan nilai dalam masyarakat.

Penjelasan mengenai sejarah pengalaman masyarakat Islam adalah penting untuk diketengahkan, kerana sejarah mengajar masyarakat untuk sentiasa belajar dari yang lalu dan berhati-hati menempuh masa yang akan datang.

Artikel yang dimuatkan dalam buku ini merangkumi perbincangan dalam bidang sejarah dan juga syariah. Secara umumnya, kesemua artikel tersebut berkisar tentang sejarah dan perkembangan yang terjadi dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia, Asia Tenggara dan juga Asia Barat.