• Sales: +6074537051

Font Size

Layout

Menu Style

Cpanel
resep nasi kuning resep ayam bakar resep puding coklat resep nasi goreng resep kue nastar resep bolu kukus resep puding brownies resep brownies kukus resep kue lapis resep opor ayam bumbu sate kue bolu cara membuat bakso cara membuat es krim resep rendang resep pancake resep ayam goreng resep ikan bakar cara membuat risoles

Terbitan Terkini

Transisi Kerjaya Pendidikan Khas Vokasional: Teori dan Amalan

Transisi Kerjaya Pendidikan Khas Vokasional: Teori dan Amalan

Penulis: Mohamad Hisyam Mohd. Hashim, Siti Nor Idayu Mohd. Nassir

Harga: 24.00

ISBN: 978-967-2110-45-3 

Tahun terbitan: 2017

Bil. muka surat: 128 muka surat

Buku ini ditulis sebagai panduan kepada para guru, keluarga, MBPK dan masyarakat tentang pendekatan yang boleh digunakan dalam membantu MBPK MP menentukan masa depan kerjaya dan kehidupan mereka. Buku ini ditulis berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) MBPK MP di sekolah yang telah dapat melahirkan murid yang mampu mendapat dan mengekalkan pekerjaan hasil daripada program tersebut.

Buku ini membincangkan dan menjelaskan tentang tujuh amalan dalam pelaksanaan PTK untuk MBPK MP iaitu persekolahan, perancangan berpusatkan murid, struktur program, kolaborasi bersama institusi pendidikan vokasional awam, swasta dan industri, penglibatan keluarga, perkembangan murid dan kesediaan pengalaman kerja murid. Selain itu, perkara yang dikupas di dalam buku ini juga adalah berkaitan penglibatan industri dalam pelaksanaan PTK tersebut yang boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaannya. Seterusnya, cabaran dalam pelaksanaan PTK turut dijelaskan yang membawa kepada pelbagai cadangan penambahbaikan program.

BANJIR: RISIKO KESIHATAN DAN PENGURUSANNYA

Banjir: Risiko Kesihatan Dan Pengurusannya

Penulis : Haliza Abdul Rahman, Rapeah Suppian, Wan Nor Amilah Wan Abdul Wahab

Harga : RM25.00

ISBN : 978-967-2110-42-2 

Tahun terbitan : 2017

Bil muka surat : 183 muka surat

Banjir hanyalah salah satu dari sekian banyak bencana alam yang sering terjadi. Banjir merupakan fenomena semula jadi tetapi campurtangan dan gangguan keterlaluan manusia terhadap ekosistem sedia ada telah meningkatkan kekerapan dan trend berlakunya banjir selain memburukkan lagi kesannya terhadap manusia dan persekitaran.

Banjir hanya dikategorikan sebagai bencana jika ianya mengancam dan mengganggu gugat keselesaan dan kesejahteraan hidup manusia termasuk daripada segi kelangsungan hidup dan kesihatan mereka yang mengalaminya.

Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ketiga terbesar yang telah banyak mengorbankan nyawa dan merosakkan harta benda. Di Asia, statistik bencana alam menunjukkan semenjak tahun 1992 sehingga tahun 2002, kejadian bencana alam termasuk banjir telah menjejaskan kehidupan sejumlah 1.7 juta manusia dan meragut sebanyak 420,867 nyawa serta melibatkan kerugian harta benda sebanyak AS369,362 juta dolar (Utusan Malaysia, 2008). Di Malaysia, kekerapan bencana banjir adalah suatu ancaman dalam merealisasikan status negara maju menjelang tahun 2020. Ini kerana bencana banjir bukan hanya melibatkan kawasan luar bandar semata-mata tetapi juga kawasan bandar, kawasan yang baru dibuka dan kawasan industri serta perumahan yang dibina dengan perancangan yang teliti (Sharifah Meryam et al, 2015).

Semoga buku ini dapat memberi ilmu dan maklumat berguna selain menjadi panduan dan rujukan kepada pihak berkepentingan khususnya mangsa banjir dan agensi berkaitan serta masyarakat awam umumnya.