Alat Penyandar Belakang Mudah Alih untuk Pesakit

Authors

  • Noraniah Kassim Ts
  • Hafsa Mohammad Noor
  • Noraini Marsi
  • Mohamad Farhan Mohamad Huzairi
  • Muhammad Ilyas Zakaria
  • Muhammad Naiem Waros

Keywords:

Patient, Backrest, Portable, Force

Abstract

Portable bedrest ini merupakan sebuah alat yang direka untuk membantu membaringkan dan mendudukan  pesakit bedridden. Portable backrest mempunyai cici-ciri mudah alih, kos rendah dan mudah dikendali. Ianya boleh diletakan diatas katil biasa dan dialas dengan tilam untuk kegunaan pesakit. Alat ini menggunakan mekanisma Scissor Screw jack untuk menampung  berat makssimum pesakit seningga 200 kg.  Rekabentuk maya portable backrest ini dihasilkan menggunakan perisian SolidWorks 2019. Rekabentuk sebenar difabrikasi melalui mengikut turutan kerja iaitu mengukur, memotong, mengerudi, mengimpal dan mencantum. Berdasarkan analisis keseimbangan daya terahadap beban maksimum 200kg, nilai daya tindak balas pada sambungan lengan scissor screw jack iaitu  F1, F2,F3 dan F4 adalah sama iaitu 1587.4 N. Ianya disebabkan oleh sudut kaki sama pada setiap sambungan lengan. Seterusnya, nilai Fs ditentukan daripada paduan daya F1 dan F3. Nilai Fs dan Fs’ juga adalah sama  iaitu 2490.6N. Daya Fs merupakan daya yang perlu diatasi oleh  pembantu pesakit untuk memutarkan engkol pada scissor screw jack. Maka pembantu pesakit hanya memerpukan daya yang rendah iaitu 22.28N untuk mambangunkan pesakit dan 31.2N membaringkan pesakit dalam tempoh masa 40 saat. Akhir sekali, Portabe backrest ini merupakan satu alat yang sangat ergonomik dan dapat membantu pesakit lumpuh atau sakit belakang untuk mendudukkan dan mengstabilkan badan dengan mudah dan cepat.

Downloads

Published

24-05-2021

Issue

Section

Applied Sciences

How to Cite

Kassim, N., Mohammad Noor, H. ., Noraini Marsi, Mohamad Huzairi, M. F. ., Zakaria, M. I. ., & Muhammad Naiem Waros. (2021). Alat Penyandar Belakang Mudah Alih untuk Pesakit. Multidisciplinary Applied Research and Innovation, 2(2), 132-141. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/mari/article/view/1856

Most read articles by the same author(s)

<< < 1 2