Simbol “Mayau” dan “Ukui” dalam Sempama Jaku Iban Berdasarkan Perspektif Semantik Inkuisitif

The Symbols of “Mayau” and “Ukui” in Iban Sempama Jaku from an Inquisitive Semantic Perspective

Authors

  • Rynna Sha’erra Mindew Douglas Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300, Kota Samarahan, Sarawak, MALAYSIA.
  • Mary Fatimah Subet Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300, Kota Samarahan, Sarawak, MALAYSIA. Institute of Creative Arts and Technology (iCreaTe), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300, Kota Samarahan, Sarawak, MALAYSIA.
  • Muhammad Zaid Daud Bahagian Linguistik Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 USM, Pulau Pinang, MALAYSIA. https://orcid.org/0000-0002-4394-5181

Keywords:

peribahasa iban, semantik inkuisitif, budaya iban, kucing, anjing

Abstract

Malay:

Kajian ini menganalisis dua peribahasa Iban, "Baka mayau ngelamun tai" dan "Baka ukui nyalak bukit," menggunakan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) yang diperkenalkan oleh Jalaluddin (2014). Pendekatan ini meneroka makna tersurat dan tersirat peribahasa dalam konteks budaya masyarakat Iban, dengan menumpukan kepada hubungan antara bahasa, kognisi, dan budaya. Data diperoleh daripada buku "Sempama Jaku Iban" oleh Umping (2010) dan wawancara berstruktur dengan lima informan yang mahir dalam tradisi masyarakat Iban. Peribahasa "Baka mayau ngelamun tai" menggambarkan percubaan menyembunyikan kesalahan, manakala "Baka ukui nyalak bukit" melambangkan tindakan yang sia-sia. Dalam peribahasa ini, mayau/kucing dan ukui/anjing digunakan sebagai metafora tingkah laku manusia. Sifat kucing yang menimbus najis mencerminkan usaha menyembunyikan kesalahan yang akhirnya diketahui, sementara sifat anjing yang menyalak bukit melambangkan tenaga yang tidak digunakan dengan bijak. Analisis ini menunjukkan bahawa masyarakat Iban menggunakan pemerhatian terhadap sifat haiwan untuk mencipta peribahasa yang sarat dengan nilai moral dan sosial, yang seterusnya mencerminkan keintelektualan mereka dalam mengaitkan sifat alam dengan pengalaman manusia. Kajian ini menegaskan kepentingan peribahasa dalam melestarikan akal budi masyarakat Iban dan memperluas aplikasi pendekatan SI dalam kajian linguistik bahasa sukuan. Penemuan ini mengukuhkan peranan peribahasa sebagai alat pemindahan nilai budaya, norma sosial, dan falsafah kehidupan. Pendekatan SI membolehkan analisis yang holistik, tidak hanya dari sudut semantik tetapi juga aspek pragmatik yang relevan dengan konteks sosial. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman budaya Iban dan membuka ruang kepada kajian lanjut dalam linguistik bahasa sukuan, sekali gus memperkayakan warisan budaya global.

English:

This study analyzes two Iban proverbs, "Baka mayau ngelamun tai" and "Baka ukui nyalak bukit," using the Semantic Inquisitive (SI) approach introduced by Jalaluddin (2014). This approach explores explicit and implicit meanings of the proverbs within the cultural context of the Iban community. Data were sourced from "Sempama Jaku Iban" by Umping (2010) and structured interviews with five knowledgeable Iban informants. "Baka mayau ngelamun tai" reflects attempts to conceal faults, while "Baka ukui nyalak bukit" symbolizes futile actions. Cats and dogs serve as metaphors for human behaviors in these proverbs. The cat’s act of burying feces represents efforts to hide wrongdoings, albeit unsuccessfully, while the dog’s barking at a hill illustrates wasted energy. These findings highlight the Iban community’s creativity in linking animal traits to human experiences, embedding moral and social values within their proverbs. This study emphasizes the role of proverbs in preserving the intellectual heritage of the Iban community while extending the application of SI in minority language studies. The findings strengthen the understanding of Iban cultural practices and underline the significance of language as a medium for cultural values, social norms, and philosophical insights relevant to modern society.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Mary Fatimah Subet, Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300, Kota Samarahan, Sarawak, MALAYSIA. Institute of Creative Arts and Technology (iCreaTe), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300, Kota Samarahan, Sarawak, MALAYSIA.

    Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300, Kota Samarahan, Sarawak, MALAYSIA. 

    Institute of Creative Arts and Technology (iCreaTe), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Jalan Datuk Mohammad Musa, 94300, Kota Samarahan, Sarawak, MALAYSIA. 

Downloads

Published

30-12-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Douglas, R. S. M., Subet, M. F., & Daud, M. Z. (2025). Simbol “Mayau” dan “Ukui” dalam Sempama Jaku Iban Berdasarkan Perspektif Semantik Inkuisitif: The Symbols of “Mayau” and “Ukui” in Iban Sempama Jaku from an Inquisitive Semantic Perspective. Journal of Techno-Social, 17(2), 11-23. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/21246