PEMBINAAN KOLEJ KEDIAMAN LESTARI: KESELESAAN PENGHUNI MENGIKUT JANTINA TERHADAP KEMUDAHAN BILIK PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN DI UNIVERSITI AWAM

Authors

  • Mohd Reduan Buyung Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Haryati Shafii

Keywords:

kolej kediaman, pembangunan lestari, kualiti hidup dan bilik penghuni

Abstract

Kolej kediaman yang selesa dihuni menyumbang kepada kualiti hidup pelajar. Permasalahan kajian ini ialah ketidakselesaan pelajar ketika menginap di kolej kediaman universiti awam. Akibatnya memberikan kesan tidak baik terhadap proses pembelajaran penghuni seterusnya menjejaskan kelestarian kolej kediaman. Permasalahan ini akhirnya membawa kepada kemerosotan kualiti hidup penghuni. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk meneroka dalam aspek penyediaan kemudahan bilik penginapan di kolej kediaman universiti awam. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap keselesaan bilik penghuni secara keseluruhan dan mengikut jantina di kolej kediaman universiti awam, Pengumpulan data secara  kuantitatif. Kajian ini melibatkan tujuh buah kolej kediaman universiti awam dari USM, UPM, UTHM, UITM, UTEM, UPSI dan UKM (2874 responden). Analisis data diskriptif dan inferens digunakan untuk data kuantitatif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian menunjukkan keselesaan responden terhadap penyediaan bilik penginapan berada pada tahap selesa. Ujian T menunjukkan responden perempuan mempunyai tahap keselesaan lebih tinggi. Keselesaan menginap di kolej kediaman adalah penting kerana mampu memberikan kesan kepada kualiti hidup penghuni secara keseluruhan. Hasil daripada pengkajian ini dapat menemukan keadaan semasa penghuni terhadap kemudahan bilik penginapan yang disediakan seterusnya dapat digunakan bagi membangunkan sebuah kolej kediaman yang lestari dan bersifat lebih selesa dan konduksif pada masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Mohd Reduan Buyung, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
    Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan

Published

21-03-2018

Issue

Section

Articles

How to Cite

Buyung, M. R., & Shafii, H. (2018). PEMBINAAN KOLEJ KEDIAMAN LESTARI: KESELESAAN PENGHUNI MENGIKUT JANTINA TERHADAP KEMUDAHAN BILIK PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN DI UNIVERSITI AWAM. Journal of Techno-Social, 9(2). https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/2210