Pantang Larang Pemakanan Berkaitan Kesihatan Reproduktif dalam Kalangan Wanita Melayu Berpendidikan Tertier di Kuala Terengganu

Dietary Taboos Related to Reproductive Health among Tertiary-Educated Malay Women in Kuala Terengganu

Authors

  • Nurul Aisyah Amira Mohd Ghani Universiti Malaysia Terengganu
  • Rohana Ahmad Universiti Malaysia Terengganu
  • Zahrul Akmal Damin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Pantang larang, amalan, wanita Melayu

Abstract

Malay:

Amalan penjagaan pemakanan merupakan suatu tradisi dalam budaya Melayu yang bertujuan memastikan kesihatan serta kesejahteraan ibu sebelum, semasa dan selepas melahirkan anak. Kajian ini menyelidik bagaimana golongan wanita Melayu mengamalkan pantang larang pemakanan demi menjamin kesejahteraan mereka. Objektif utama kajian adalah untuk mengkaji amalan kepercayaan terhadap pantang larang pemakanan berhubung reproduktif dalam kalangan wanita Melayu berpendidikan tertier di Kuala Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual mendalam separa berstruktur sebagai metod utama yang melibatkan tujuh informan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik secara manual bagi mengenal pasti tema utama dalam kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pantang larang pemakanan melibatkan satu tema utama iaitu amalan tradisi dengan dua subtema iaitu nasihat pantang larang dan larangan pantang larang. Ini menunjukkan faktor budaya dan agama menjadikan golongan wanita Melayu mengamalkan pantang larang pemakanan. Kajian ini dilihat mampu memberikan impak positif kepada golongan wanita berdasarkan pengalaman mereka mengenai pantang larang pemakanan yang diamalkan. Kajian ini juga mendapati bahawa amalan tradisional ini boleh memberikan kesedaran kepada golongan wanita Melayu melalui pemakanan yang baik bagi mencegah penyakit sebelum, semasa dan selepas hamil. Hasil daripada kajian ini diharapkan penemuan ini dapat membantu dan memperkukuh pemahaman tentang pantang larang pemakanan dalam kalangan wanita Melayu serta menyumbang kepada usaha pemeliharaan warisan budaya tersebut.

English:

The practice of dietary care is a tradition in Malay culture aimed at ensuring the health and well-being of mothers before, during, and after childbirth. This study investigates how Malay women practice dietary taboos to ensure their well-being. The main objective of the study is to examine the practice of beliefs regarding dietary taboos related to reproduction among tertiary-educated Malay women in Kuala Terengganu. This study uses a qualitative approach with semi-structured in-depth interviews as the main method involving seven informants. The data obtained were analyzed using a manual thematic analysis approach to identify the main themes in dietary taboos. The findings of the study indicate that the practice of dietary taboos involves one main theme, namely traditional practices, with two subthemes: advice on dietary taboos and prohibitions related to dietary taboos. This shows that cultural and religious factors lead Malay women to practice dietary taboos. This study is seen as capable of providing a positive impact on women based on their experiences with the dietary restrictions practiced. The study also found that these traditional practices can raise awareness among Malay women regarding the importance of proper nutrition in preventing ilinesses before, during, and after oregnancy. The results of this study are expected that these findings can help and strengthen the understanding of dietary restrictions among Malay women and contribute to the preservation of that cultural heritage.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-06-2026

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohd Ghani, N. A. A., Ahmad, R., & Damin, Z. A. (2026). Pantang Larang Pemakanan Berkaitan Kesihatan Reproduktif dalam Kalangan Wanita Melayu Berpendidikan Tertier di Kuala Terengganu: Dietary Taboos Related to Reproductive Health among Tertiary-Educated Malay Women in Kuala Terengganu. Journal of Techno-Social, 18(1), 90-98. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/25236