Penerokaan Indeks Pengetahuan Kelestarian Alam Sekitar Fizikal dalam Kalangan Belia Malaysia

Authors

  • Saiyidatina Balkhis Norkhaidi Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Hanifah Mahat Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Mohmadisa Hashim Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Yazid Saleh Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Nasir Nayan Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Keywords:

pengetahuan, kelestarian alam sekitar, indeks, belia, Malaysia

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk meneroka komponen fizikal indeks pengetahuan kelestarian alam sekitar dalam kalangan belia Malaysia dengan menggunakan analisis faktor penerokaan (EFA). Responden terdiri daripada 100 orang belia Malaysia yang dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Soal selidik skala Likert 1 hingga 5 digunakan untuk mendapatkan maklum balas. Hasil kajian menunjukkan bahawa item dalam setiap konstruk kajian mencapai kebolehpercayaan yang dapat diterima dengan nilai Cronbach Alpha lebih besar daripada .70 dan memenuhi syarat ujian normaliti. Data kemudian diproses menggunakan EFA pengelompokan item mengikut konstruk yang sesuai. Hasil kajian telah mengenal pasti empat komponen utama pengetahuan kelestarian alam sekitar belia Malaysia daripada 69 item soal selidik, iaitu litosfera, hidrosfera, atmosfera, dan biosfera. Penemuan ini juga menepati syarat nilai indeks yang ditetapkan oleh (Kaiser-Meyer-Olkin dan Bartlett’s Test of Sphericity). Ini membuktikan empat komponen yang dinyatakan ini harus dititikberatkan dalam pembinaan instrumen bagi menilai indeks pengetahuan kelestarian alam sekitar dalam kalangan belia Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

22-01-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Norkhaidi, S. B., Mahat, H., Hashim, M., Saleh, Y., & Nayan, N. (2021). Penerokaan Indeks Pengetahuan Kelestarian Alam Sekitar Fizikal dalam Kalangan Belia Malaysia. Journal of Techno-Social, 12(2), 48-59. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/JTS/article/view/7344

Most read articles by the same author(s)