Pendekatan Al-Quran bagi Hubungan Tidur Tengahari dengan Pembinaan Akhlak: Kajian Kes di PPTQ Rodliyatan Mardiyah

Quranic Approach for Brief Nap and Its Relations with Moral Development: A Case Study at PPTQ Rodliyatan Mardiyah

Authors

  • Iin Supriyanti Institut Agama Islam Riyadlotul Mujahidin Ngabar, Ponorogo, Jawa Timur, INDONESIA
  • Ririn Nuraini Institut Agama Islam Riyadlotul Mujahidin Ngabar, Ponorogo, Jawa Timur, INDONESIA
  • M. Zaki Su’aidi Institut Agama Islam Riyadlotul Mujahidin Ngabar, Ponorogo, Jawa Timur, INDONESIA
  • Iflahathul Chasanah Institut Agama Islam Riyadlotul Mujahidin Ngabar, Ponorogo, Jawa Timur, INDONESIA
  • Darul Lailatul Qomariyah Institut Agama Islam Riyadlotul Mujahidin Ngabar, Ponorogo, Jawa Timur, INDONESIA
  • Siti Marpuah UTHM

Keywords:

Pendekatan al-Quran, hubungan tidur tengahari, akhlakul karimah, pembinaan akhlak, Quranic approach, brief nap, moral development

Abstract

Kematangan perkembangan Akhlak anak sangat penting untuk diperhatikan, dibimbing dan dikawal dengan baik. Perkembangan akhlak yang baik dapat ditandai dengan pola tingkah laku yang baik atau dapat disebut akhlakul karimah. Pembentukan akhlak anak dapat dilakukan dengan pembiasaan-pembiasaan dalam kegiatan sehari-hari, salah satunya adalah pembiasaaan tidur tengahari. Pembiasaan tidur tengahari dapat meningkatkan emosi anak yang bertajuk pada perilaku positif seperti rasa bahagia. Dengan anak memiliki rasa bahagiam akan berimbas pada hati mereka dan akhirnya memindah ke otak untuk melakukan hal-hal yang positif. Anjuran tidur siang juga terdapat di dalam al-Quran iaitu Surah An-Nahl ayat 9, dijelaskan bahwa mengistirehatkan tubuh di siang hari sangat bermanfaat, dan anjuran tersebut selari dengan Sunah Rasulullah yang disebut Qailullah. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana pembentukan perkembangan akhlak anak melalui tidur tengahari berdasarkan kepada pendekatan al-Quran. Kajian ini dilakukan di PPTQ Rodliyatan Mardiyah Ngoro Jombang berdasarkan kajian lapangan. Penyelidik hadir langsung ke lokasi kajian serta mengamati, menganalisis dan menganalisis data-data yang didapati. Alasan peneliti menggunakan kajian lapangan adalah supaya data-data yang dihasilkan relevan dan peneliti terlibat langsung dalam proses menggali data sesuai keadaan di lapangan. Data dianalisis dengan kaedah deskriptif yang menjelaskan data-data yang ada. Responden dalam kajian ini berjumlah 218 orang yang terdiri daripada 2 Kyai, 6 Musrif, dan 210 Santri (pelajar). Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap santri yang sering tidur tengahari dengan yang jarang tidur tengahari sangat berbeza. Santri yang sering tidur tengahari lebih tenang, mudah diberi arahan dan mengikuti kegiatan dengan baik. Adapun santri yang jarang tidur tengahari lebih susah untuk dikendalikan kerana emosinya tidak stabil dan kurangnya istirehat membuat kurangnya fokus menerima pelajaran. Untuk itu, pembiasaan tidur tengahari untuk anak sangat diperlukan meskipun hanya 30 minit.

A child's Moral Development Maturity is very important to observe, guide and control well. The development of good character can be marked by good behavior or can be called akhlakul karimah. The formation of children's morals can be done by getting used to them in daily activities, one of which is the habit of taking naps. in the research aims to find out how the formation of children's moral development through naps. This research was conducted at PPTQ Rodliyatan Mardiyah Ngoro Jombang. This research uses field research, based on the field research conducted. Data was analyzed with a descriptive method, which explained the available data. The results of the study show that the attitudes of santri who often take naps and those who rarely take naps are very different. Students who often take naps are calmer, easily given instructions and follow activities well. As for the students who rarely take naps, it is more difficult to manage because their emotions are unstable and the lack of rest makes them less focused on learning. For that, getting used to naps for children is very necessary even if it is only 30 minutes.

Kematangan perkembangan Akhlak anak sangat penting untuk diperhatikan, dibimbing dan dikawal dengan baik. Perkembangan akhlak yang baik dapat ditandai dengan pola tingkah laku yang baik atau dapat disebut akhlakul karimah. Pembentukan akhlak anak dapat dilakukan dengan pembiasaan-pembiasaan dalam kegiatan sehari-hari, salah satunya adalah pembiasaaan tidur tengahari. Pembiasaan tidur tengahari dapat meningkatkan emosi anak yang bertajuk pada perilaku positif seperti rasa bahagia. Dengan anak memiliki rasa bahagiam akan berimbas pada hati mereka dan akhirnya memindah ke otak untuk melakukan hal-hal yang positif. Anjuran tidur siang juga terdapat di dalam al-Quran iaitu Surah An-Nahl ayat 9, dijelaskan bahwa mengistirehatkan tubuh di siang hari sangat bermanfaat, dan anjuran tersebut selari dengan Sunah Rasulullah yang disebut Qailullah. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana pembentukan perkembangan akhlak anak melalui tidur tengahari berdasarkan kepada pendekatan al-Quran. Kajian ini dilakukan di PPTQ Rodliyatan Mardiyah Ngoro Jombang berdasarkan kajian lapangan. Penyelidik hadir langsung ke lokasi kajian serta mengamati, menganalisis dan menganalisis data-data yang didapati. Alasan peneliti menggunakan kajian lapangan adalah supaya data-data yang dihasilkan relevan dan peneliti terlibat langsung dalam proses menggali data sesuai keadaan di lapangan. Data dianalisis dengan kaedah deskriptif yang menjelaskan data-data yang ada. Responden dalam kajian ini berjumlah 218 orang yang terdiri daripada 2 Kyai, 6 Musrif, dan 210 Santri (pelajar). Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap santri yang sering tidur tengahari dengan yang jarang tidur tengahari sangat berbeza. Santri yang sering tidur tengahari lebih tenang, mudah diberi arahan dan mengikuti kegiatan dengan baik. Adapun santri yang jarang tidur tengahari lebih susah untuk dikendalikan kerana emosinya tidak stabil dan kurangnya istirehat membuat kurangnya fokus menerima pelajaran. Untuk itu, pembiasaan tidur tengahari untuk anak sangat diperlukan meskipun hanya 30 minit.

Downloads

Published

08-08-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Supriyanti, I. ., Nuraini, R. ., Su’aidi, M. Z. ., Chasanah, I. ., Qomariyah, D. L. ., & Siti Marpuah. (2023). Pendekatan Al-Quran bagi Hubungan Tidur Tengahari dengan Pembinaan Akhlak: Kajian Kes di PPTQ Rodliyatan Mardiyah: Quranic Approach for Brief Nap and Its Relations with Moral Development: A Case Study at PPTQ Rodliyatan Mardiyah. Journal of Quranic Sciences and Research, 4(1), 1-9. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jqsr/article/view/12965

Most read articles by the same author(s)