Amalan Pengurusan Kebersihan Haid Menurut al-Quran dan al-Sunnah

Menstrual Hygiene Management Practices According to al-Quran and al-Sunnah

Authors

  • Norhafizah Ahmad
  • Latifah Abdul Majid
  • Mohd Arif Nazri
  • Shakila Ahmad
  • Intan Farhana Saparudin
  • Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar

Keywords:

Amalan, Kebersihan, Pengurusan, Haid, Islam, Practices, hygiene, management, menstrual

Abstract

Haid atau menstruasi merupakan suatu proses semula jadi yang berlaku kepada semua wanita. Namun, era modenisasi hari ini memperlihatkan banyak kekeliruan kaum wanita mengenai amalan pengurusan kebersihan diri ketika didatangi haid. Masalah yang berlaku melibatkan kebersihan diri, penjagaan alat sulit wanita serta penggunaan produk berkaitan. Justeru, penulisan ini dilaksanakan bagi mengenalpasti amalan pengurusan kebersihan ketika haid yang dianjurkan dalam Islam. Artikel ini menggunakan reka bentuk kualitatif. Dalam mencapai objektif tersebut, penulisan dilakukan dengan metode pengumpulan data secara analisis dokumen. Hasil dapatan menunjukkan bahawa agama Islam menekankan panduan dan amalan yang betul dalam pengurusan kebersihan haid kerana ia berkait rapat dengan kesihatan dan ibadah bagi wanita Muslim. Malah kebersihan pakaian, tubuh badan, alat sulit serta penggunaan tuala wanita amat dititikberatkan dan perlu dijaga sepanjang masa. Implikasi penulisan ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada semua wanita agar memberi sepenuh perhatian kepada aspek penjagaan diri sama ada sebelum, semasa atau selepas haid.

Menstruation is a natural process that happens to all women. However, today's era of modernization shows a lot of confusion among women about the practice of personal hygiene management during menstruation. The problems that occur involve personal hygiene, care of female genitals and the use of products related to menstrual blood management. Therefore, this writing is carried out to identify hygiene management practices during menstruation that are organized in Islam. This article uses a qualitative design. In achieving these objectives, the study was conducted with data collection methods by document analysis. The findings show that the Islamic religion emphasizes the correct guidance and practice in the management of menstruation as it is closely related to health, hygiene and worship for Muslim women. Even the hygiene of clothes, body, private parts, and the use of sanitary pads are very important and need to be taken care of at all times. The implications of this writing are expected to contribute to all women to pay full attention to aspects of self -care whether before, during or after menstruation.

Downloads

Published

11-01-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ahmad, N., Abdul Majid, L. ., Nazri, M. A. ., Ahmad, S. ., Saparudin, I. F. ., & Syed Abu Bakar, S. K. . (2023). Amalan Pengurusan Kebersihan Haid Menurut al-Quran dan al-Sunnah: Menstrual Hygiene Management Practices According to al-Quran and al-Sunnah . Journal of Quranic Sciences and Research, 3(2), 27-35. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jqsr/article/view/13049

Most read articles by the same author(s)