Pembangunan Modul Kemahiran Asas Bacaan Al-Quran (Meta-SIQRA’)

Development of Al-Quran Basic Reading Skills Module (Meta-SIQRA’)

Authors

  • Aminah Mat Yusoff Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 84200, Batu Pahat, Johor.
  • Mohd Hisyam Abdul Rahim Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 84200, Batu Pahat, Johor.

Keywords:

Reka bentuk dan pembangunan; Meta-SIQRA’; model ADDIE; kemahiran asas bacaan al-Quran; kanak-kanak.

Abstract

Malay: Kajian ini bertujuan memperkenalkan proses pembinaan modul  kemahiran asas bacaan al-Quran (Meta-SIQRA') dengan menggunakan model instruksional EDDIE, ditambahbaik dengan model SAVI (Somatic, Auditory, Visual & Intellect) serta strategi metakognitif. Modul Meta-SIQRA' ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian kemahiran asas bacaan al-Quran dalam kalangan kanak-kanak. Manakala model instruksional ADDIE adalah merupakan satu model panduan reka bentuk dan pembangunan modul Meta-SIQRA'. ADDIE merupakan satu model yang sistematik dapat memandu pembangunan dan penyelenggaraan sesebuah modul untuk mencapai objektif yang diharapkan. Model ADDIE dapat dirungkaikan seperti berikut, Analysis (analisis) Design (rekabentuk) Development (pembangunan) Implementation (pelaksanaan) dan Evaluation (penilaian). Model ini melibatkan proses berulang dan mempunyai perkaitan di setiap fasa yang berikutnya. Dapatan setiap fasa merupakan permulaan kepada fasa yang berikutnya. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif  bagi merekabentuk, membangun dan menilai modul Meta-SIQRA’ yang dihasilkan. Pengumpulan data menggunakan teknik Delphi 2 pusingan melalui soal selidik berstruktur yang diubah suai daripada kajian lepas melibatkan 6 orang pakar bidang.   Data dianalisa secara deskriptif dan kekerapan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS), versi 12.0. Dapatan menunjukan modul Meta-SIQRA’ mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan bersedia untuk diuji keberkesanannya terhadap pencapaian kemahiran asas bacaan al-Quran dalam kalangan kanak-kanak.

 

English:This study is set to introduce the development of basic al-Qur'an reading skills module (Meta-SIQRA') with ADDIE instructional model, improved with the SAVI (Somatic, Auditory, Visual & Intellect) modeul along with meta-cognitive strategies. The purpose of the Meta-SIQRA' is to improve the performance of al-Qur'an basic reading skills among children. Meanwhile, the instructional design, ADDIE, is the guiding model for design and development of the Meta-SIQRA' modules. ADDIE is a systematic module that is able to guide modules' development and maintenance for achieving the desired objectives. The ADDIE model consists of the following; Analysis, Design, Development, Implementation, and Evaluation. This is a repetitive model that connects one phase to another, whereby the output of a phase will serve as the input of another phase. This leads to a quantitative approacj to design, develop, and evaluate the Meta-SIQRA' modules. Data collection is carried out using Delphi 2 with structured survey modified based on previous works involving 6 field experts. Data is analyzed descriptively with the Statistical Package for Social Science (SPSS) version 12.0. Findings showed that the Meta-SIQRA' modules have high validation and are ready to evaluate al-Qur'an basic reading skills among children.

Downloads

Published

28-12-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mat Yusoff , A., & Abdul Rahim, M. H. . (2023). Pembangunan Modul Kemahiran Asas Bacaan Al-Quran (Meta-SIQRA’): Development of Al-Quran Basic Reading Skills Module (Meta-SIQRA’). Journal of Quranic Sciences and Research, 4(2), 40-50. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jqsr/article/view/15648