Infografik Sebagai Media Penyebaran Hadis Adab Menyambut Bulan Syawal

Infographics as A Medium for Dispersion of Hadith in Shawwal Celebration

Authors

Keywords:

Shawwal Hadiths, Infographics , Shawwal Etiquette

Abstract

Malay:

Infografik ialah sebuah jenis media yang menggambungkan pelbagai unsur seperti grafik, ilustrasi, dan teks dalam satu bentuk visual yang sama. Ketika Aidilfitri, adab-adab dan etika ketika sambutan syawal hendaklah dipraktikkan dan ditekankan dalam kalangan masyarakat Islam apabila aspek pengamalan adab ketika beraya masih kurang dititikberatkan. Lantaran itu, penyampaian hadis berkaitan adab Syawal dalam bentuk infografik merupakan usaha tindakan yang bersesuaian dengan peredaran masa kini. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis isi kandungan hadis berkaitan adab Syawal serta penggunaan media infografik sebagai medium untuk penyampaian maklumat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah secara analisis kandungan iaitu kitab-kitab hadis. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat 30 buah hadis yang ditemakan kepada adab menyambut Syawal berdasarkan kepada syarah hadis yang seterusnya disebarkan menerusi infografik dalam media sosial. Fungsi infografik yang mampu menarik minat para pembaca disebabkan oleh kandungannya yang berunsur grafik dan informasi menyebabkan penggunaan media sangat diperlukan untuk menyampaikan maklumat kepada khalayak. Walaupun terdapat pelbagai kaedah dalam penyampaian dan penyebaran maklumat, namun kepentingan media yang mempunyai peranan besar dalam masyarakat menjadikan media sebagai pilihan yang terbaik untuk menyebarkan ilmu pengetahuan.

 

English:

Infographics are a type of media that combines various elements, such as graphics, illustrations, and texts, in the same visual form. During the Eid Fitr celebration, mannerisms and etiquette while celebrating Shawwal should be practiced and emphasized among the Muslim community as the level of self-practice of etiquette during Eid celebrations is still low. Therefore, the dispersion of hadith related to Shawwal and its manners through infographics is a great effort that suits the current digital era. Thus, this article aims to analyze the hadiths of Shawwal and its etiquette while identifying infographic media as a medium to disperse knowledge. This qualitative study was conducted by analyzing the master books of hadiths. Study findings show 30 different manners related to the Shawwal celebration based on the explanation of the hadiths, which said hadiths are spread in social media through infographics. Meanwhile, only six hadiths were chosen for analysis purposes in this study. The impact of infographics, which can intrigue the readers because of their graphic and informative elements, further encourages the use of media to convey information to society. Even though there are various methods of communicating and spreading information, the importance of media is significant in society, making it the best choice for dispersing knowledge.

Downloads

Published

15-12-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ahmad, N. I., & Nur Zainatul Nadra Zainol. (2024). Infografik Sebagai Media Penyebaran Hadis Adab Menyambut Bulan Syawal: Infographics as A Medium for Dispersion of Hadith in Shawwal Celebration. Journal of Quranic Sciences and Research, 5(2), 1-13. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jqsr/article/view/17847