Amalan Beragama Orang Asli Muslim di Semenanjung Malaysia: Kajian Analisis Bibliometrik

Authors

  • Wan Nor Hana Wan Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia https://orcid.org/0000-0001-6358-5964
  • Intan Farhana Saparudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Ahzilah Wahid Universiti Kuala Lumpur MITEC
  • Ahmad Sharifuddin Mustapha Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Amalan beragama, orang asli muslim, kajian bibliometrik

Abstract

Amalan beragama masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia banyak dilihat kepada pengamalan agama dan kepercayaan asal mereka. Namun, kajian dalam pengamalan agama Islam masyarakat Orang Asli Muslim di Semenanjung Malaysia masih tidak banyak ditelusuri. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji penulisan tentang amalan beragama masyarakat Orang Asli Muslim khusus di Semenanjung Malaysia dalam tempoh satu dekad, bermula pada tahun 2013 sehingga tahun 2022. Kajian ini menggunakan analisis bibliometrik terhadap penerbitan ilmiah yang ditemui berdasarkan satu pangkalan data sahaja iaitu Google Scholar. Hasil analisis kata  kunci  mendapati kajian berkenaan amalan beragama masyarakat Orang Asli banyak membincangkan daripada aspek pendakwah dan bukan orang yang didakwah (mad’u). Selain itu, amalan beragama juga kurang dibincangkan terhadap Orang Asli, namun lebih fokus kepada institusi pendidikan peringkat menengah dan pengajian tinggi serta masyarakat lain.

Downloads

Published

31-07-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Wan Nor Hana Wan Ismail, Intan Farhana Saparudin, Ahzilah Wahid, & Ahmad Sharifuddin Mustapha. (2024). Amalan Beragama Orang Asli Muslim di Semenanjung Malaysia: Kajian Analisis Bibliometrik. Journal of Quranic Sciences and Research, 5(1), 72-79. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jqsr/article/view/18074