Penggunaan Penapis Air di Malaysia: Analisis Isu dan Cabaran Berlandaskan Prinsip Halalan Toyyiban

Authors

Keywords:

Halal water filter, water purity, drinking water safety, halal verification, consumer awareness, standards and regulations

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang isu penapis air halal di Malaysia yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Dalam usaha memastikan kesucian dan keselamatan air minuman, penapis air yang mendapat pengesahan sijil halal dari JAKIM memainkan peranan penting dalam kepenggunaan harian terutamanya umat Islam. Dengan peningkatan kesedaran tentang kepentingannya produk penapis air halal, masyarakat masa kini lebih berhati-hati dalam memilih produk yang digunakan. Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan kelebihan dan keburukan mengenai isu halal penapis air di Malaysia dengan meneliti standard dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memastikan penapis air memenuhi syarat-syarat halal. Dengan demikian, artikel ini akan mengupas isu terhadap pengguna dan industri, termasuk cabaran dan peluang yang wujud dalam memenuhi permintaan terhadap penapis air halal di Malaysia selaras dengan prinsip halalan toyyiban.

Downloads

Published

30-07-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohd Azizee Azman, N. H. N., & Zainol, N. Z. N. Z. (2024). Penggunaan Penapis Air di Malaysia: Analisis Isu dan Cabaran Berlandaskan Prinsip Halalan Toyyiban. Journal of Quranic Sciences and Research, 5(1), 61-71. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jqsr/article/view/18080