iHaji VR Simulasi: Pembangunan Aplikasi Simulasi Ibadah Haji Menggunakan Teknologi Realiti Maya
Keywords:
Rukun & Wajib Haji, Realiti Maya, Metodologi TRES-D, Ibadah HajiAbstract
Ibadah Haji merupakan salah satu daripada lima rukun Islam dan wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang berkemampuan. Namun, kaedah pembelajaran sedia ada seperti penggunaan buku teks dan video kurang mengandungi elemen interaktif dan imersif untuk memenuhi keperluan pembelajaran generasi kini. Oleh itu, aplikasi iHaji VR Simulasi telah dibangunkan menggunakan teknologi realiti maya (VR) sebagai alternatif pembelajaran Haji yang lebih menarik dan praktikal. Aplikasi ini dibangunkan untuk platform Android dengan menggunakan metodologi TRES-D sebagai pendekatan pembangunan, dan mengandungi dua modul utama, iaitu Modul Simulasi, yang membimbing pengguna melalui rukun dan wajib Haji secara maya, serta Modul Ziarah, yang membolehkan penerokaan lokasi penting seperti Masjidil Haram dan Padang Arafah. Gabungan elemen audio, visual dan interaktif digunakan bagi menghasilkan pengalaman pembelajaran yang lebih realistik dan imersif. Hasil ujian penerimaan pengguna menggunakan kaedah Skala Kebolehgunaan Sistem (SUS) menunjukkan skor purata 82.50, yang berada dalam kategori cemerlang, menunjukkan bahawa aplikasi iHaji VR Simulasi mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dan mesra pengguna. Secara keseluruhannya, iHaji VR Simulasi berpotensi besar dalam membantu pengguna memahami dan menghayati pelaksanaan ibadah Haji secara lebih mendalam melalui pengalaman maya yang interaktif.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Journal of Quranic Sciences and Research

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.








