Kajian Hak Kanak-Kanak Sebelum Kelahiran Melalui Perspektif Sunnah: Suatu Analisis Awal

A Study of The Rights of The Unborn Child from The Sunnah Perspective: A Preliminary Analysis

Authors

  • Abdul Muiz Hazban International Islamic College University Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Khairulnazrin Nasir University of Malaya Education Centre (UMEC)
  • Ishak Suliaman University of Malaya
  • Ikmal Adnan Universiti Malaysia Kelantan

Keywords:

Hak Kanak-Kanak , Antenatal, Perancangan Keluarga, Hadith Tematik , Janin

Abstract

Malay:

Perkembangan hak kanak-kanak sebelum kelahiran mendapat perhatian dalam wacana akademik kontemporari seiring dengan perkembangan teknologi moden dan kesedaran tentang kepentingan penjagaan antenatal. Perspektif Islam khususnya berasaskan Sunnah Nabi SAW menawarkan pandangan yang komprehensif tentang hak-hak yang perlu dilindungi sebelum kelahiran seorang anak. Walau bagaimanapun, tiada pemetaan sistematik yang dilakukan terhadap kajian-kajian akademik dalam bidang ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kajian dan tema penyelidikan berkaitan hak kanak-kanak sebelum kelahiran yang ditinjau melalui perspektif Sunnah Nabi SAW. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis kandungan tematik terhadap literatur akademik. Data dikumpulkan melalui carian dalam pangkalan data utama di internet menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan hak antenatal dan Sunnah Nabi. Analisis tematik diaplikasikan untuk mengenal pasti penulisan, tema-tema dan jurang pengetahuan dalam bidang ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa kajian penyelidikan hak kanak-kanak sebelum kelahiran melalui perspektif Sunnah tertumpu pada lima tema utama: [pertama] hak pemilihan pasangan, [kedua] hak perancangan keluarga, [ketiga] hak ontologikal janin untuk diiktiraf sebagai entiti bermoral, [keempat] hak perlindungan janin, dan [kelima] hak janin dalam perundangan Islam. Kajian mendapati bahawa walaupun terdapat peningkatan minat terhadap bidang ini dalam dekad terakhir, masih wujud jurang signifikan dalam kajian empirikal dan pendekatan interdisiplin yang mengintegrasikan Sunnah Nabi dengan sains perubatan moden. Kesimpulannya, kajian hak kanak-kanak sebelum kelahiran melalui perspektif Sunnah masih memerlukan pengembangan lanjut terutamanya dalam aspek metodologi yang lebih inovatif dan dialog pelbagai disiplin antara ulama hadith dan pakar perubatan bagi membentuk kerangka bioetika Islam yang komprehensif dalam konteks cabaran kontemporari.

English:

The development of children's rights before birth has gained attention in contemporary academic discourse, in line with advancements in modern technology and growing awareness of the importance of antenatal care. The Islamic perspective, particularly based on the Sunnah of the Prophet Muhammad (peace be upon him), offers a comprehensive view of the rights that should be protected prior to a child's birth. However, there has been no systematic mapping of academic studies in this area. Therefore, this study aims to identify research and thematic trends related to children's rights before birth as viewed through the lens of the Prophet’s Sunnah. This study adopts a qualitative approach using thematic content analysis of academic literature. Data were collected through searches in major online databases using keywords related to antenatal rights and the Prophet’s Sunnah. Thematic analysis was applied to identify writings, themes, and knowledge gaps in this field. The findings reveal that research on children's rights before birth from the Sunnah perspective centers around five main themes: [1] the right to partner selection, [2] the right to family planning, [3] the ontological right of the fetus to be recognized as a moral entity, [4] the right to fetal protection, and [5] the rights of the fetus in Islamic legislation. The study finds that although interest in this field has increased over the past decade, significant gaps remain in empirical research and interdisciplinary approaches that integrate the Prophet’s Sunnah with modern medical science. In conclusion, research on children's rights before birth from the Sunnah perspective still requires further development, particularly in terms of more innovative methodologies and interdisciplinary dialogue between Hadith scholars and medical experts to form a comprehensive Islamic bioethical framework in the context of contemporary challenges.

Downloads

Published

17-12-2025

How to Cite

Hazban, A. M., & Nasir, K. (2025). Kajian Hak Kanak-Kanak Sebelum Kelahiran Melalui Perspektif Sunnah: Suatu Analisis Awal: A Study of The Rights of The Unborn Child from The Sunnah Perspective: A Preliminary Analysis (I. Suliaman & I. Adnan , Trans.). Journal of Quranic Sciences and Research, 6(2), 18-28. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jqsr/article/view/23650