Cabaran dan Dilema Habitat Manusia Di Bandar: Penerapan Konsep Daya Huni (Livability) dan Pembangunan Lestari Untuk Kesejahteraan Hidup

Challenge and Dilemma of Human Habitat in Urban Areas: Applying the Concept of Livability and Sustainable Development for Well-being

Authors

  • Haryati Shafii
  • Azlina Md Yassin UTHM
  • Haidaliza Masram UTHM

Keywords:

Cabaran, Habitat bandar, Dayahuni, Kelestarian

Abstract

Abstrak: Masyarakat Malaysia pada hari ini menghadapi pelbagai cabaran dalam meneruskan kelangsungan hidup di bandar. Isu utama yang dihadapi oleh masyarakat bandar pada hari ini adalah dilema pembangunan yang pesat, tidak lestari dan kos sara hidup yang tinggi merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar. Oleh yang demikian, objektif pertama kajian ini adalah mengenalpasti cabaran dan dilema habitat manusia di bandar dan objektif kedua adalah menentukan kesesuaian konsep daya huni bandar untuk kelestarian penduduk. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan kajian literature. Hasil daripada analisis kandungan, kajian mendapati bahawa terdapat banyak cabaran dan dilema yang dihadapi oleh masyarakat bandar pada hari ini iaitu pertambahan jumlah penduduk, kemusnahan habitat bandar, bencana banjir, peningkatan sisa pepejal, zon pinggir pantai yang terancam dan masalah kesihatan. Oleh yang demikian, kesesuaian konsep daya huni bandar mula digunapakai secara meluas dalam kalangan sarjana bagi menggambarkan tempat tinggal manusia yang lebih lestari. Konsep daya huni dan pembangunan lestari boleh digembelingkan kerana kedua-dua konsep mempunyai perkaitan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Apabila sesebuah habitat itu berdaya huni maka pembangunan kelestarian juga terangkum di dalamnya. Penulisan artikel ini mengupas cabaran dan dilema yang dihadapi oleh masyarakat bandar dari pelbagai aspek dan cuba menggarapkan dengan konsep daya huni yang diperkenalkan oleh sarjana yang menekankan aspek daya huni dan kelestarian bandar. Diharapkan penulisan ini dapat memberi pemahaman yang jelas kepada masyarakat dan pihak berkepentingan lain dalam melestarikan kehidupan di bandar pada masa-masa akan datang.

 

Abstract: Malaysian society today faces various challenges in continuing to survive in the city. The main issue facing the urban community today is the dilemma of rapid, unsustainable development and the high cost of living is a challenge that the community has to face, especially those living in big cities. Therefore, the first objective of this study is to identify the challenges and dilemmas of human habitat in the city and the second objective is to determine the suitability of the concept of urban habitability for the sustainability of the population. The methodology of this study uses the content analysis method based on the literature review. As a result of the content analysis, the study found that there are many challenges and dilemmas faced by urban communities today, namely the increase in population, the destruction of urban habitats, flood disasters, increased solid waste, endangered coastal zones and health problems. Therefore, the appropriateness of the concept of urban habitability began to be widely used among scholars to describe a more sustainable human habitat. The concepts of habitability and sustainable development can be combined because both concepts are related and complement each other. When a habitat is inhabited then sustainable development is also included in it. The writing of this article examines the challenges and dilemmas faced by urban communities from various aspects and tries to work with the concept of habitability introduced by scholars who emphasize aspects of habitability and urban sustainability. It is hoped that this writing can provide a clear understanding to the community and other stakeholders in preserving life in the city in the future.

 

Author Biography

Haryati Shafii

JAB PENGURUSAN PEMBINAAN 

Downloads

Published

05-12-2023

How to Cite

Shafii, H., Md Yassin, A., & Masram, H. (2023). Cabaran dan Dilema Habitat Manusia Di Bandar: Penerapan Konsep Daya Huni (Livability) dan Pembangunan Lestari Untuk Kesejahteraan Hidup: Challenge and Dilemma of Human Habitat in Urban Areas: Applying the Concept of Livability and Sustainable Development for Well-being. Journal of Social Transformation and Regional Development, 5(2), 30–38. Retrieved from https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jstard/article/view/15298

Issue

Section

Articles