Kajian Persepsi Penduduk Terhadap Pencemaran dan Kualiti Air di Sekitar Pt. Raja, Batu Pahat, Johor
A Study on Residents' Perception of Pollution and Water Quality Around Pt. Raja, Batu Pahat, Johor
Keywords:
Pencemaran air, Aktiviti manusia, kualiti airAbstract
Malay:
Air bersih merupakan satu keperluan asas kepada manusia dan hidupan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Aktiviti manusia secara tidak terkawal telah menyebabkan sumber air tercemar dan menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup masyarakat. Objektif kajian adalah mengenalpasti punca-punca berlakunya pencemaran air sungai/parit dan mengetahui status kualiti air di sungai Parit Raja mengikut pandangan responden. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengedarkan borang kaji selidik sebanyak 67 kepada responden yang dipilih secara rawak mudah di Taman Perumahan Rona, Taman Maju dan Taman Manis yang terletak di Pt. Raja. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor menyumbang kepada pencemaran iaitu daripada sisa demostik, perkilangan dan pertanian yang menyumbang kepada pencemaran ini. Sebanyak 62.9% responden “sangat bersetuju” bahawa sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar menyebabkan Sungai/parit tercemar. Manakala dari segi kualiti air majoriti responden menyatakan kesannya akan memberi gangguan terhadap hidupan/ekosistem sebayak 97.1%, air berbau 82.8%, perubahan warna dan air tercemar sebanyak 80%. Daripada hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa pencemaran air telah berlaku secara serius di kawasan Pt. Raja. Oleh yang demikian, diharap pihak berkuasa dapat mengambil langkah yang lebih berkesan bagi menangani masalah ini daripada berterusan dan menganggu kesihatan penduduk
English:
Clean water is a basic necessity for humans and living beings to sustain life. Uncontrolled human activities have caused water sources to become polluted, affecting the health and quality of life of the community. The objective of this study is to identify the causes of river/drain water pollution and to determine the water quality status in Parit Raja River according to respondents' perceptions. This study uses a quantitative approach by distributing 67 survey questionnaires to respondents randomly selected in Taman Perumahan Rona, Taman Maju, and Taman Manis located in Pt. Raja. The study found several factors contributing to pollution, including domestic waste, manufacturing, and agriculture. A total of 62.9% of respondents "strongly agree" that irresponsible attitudes towards the environment cause river/drain pollution. In terms of water quality, the majority of respondents stated that the impact would disrupt life/ecosystems by 97.1%, cause foul odor by 82.8%, and result in colour changes and pollution by 80%. The results of this study clearly show that water pollution has occurred seriously in the Pt. Raja area. Therefore, it is hoped that the authorities can take more effective measures to address this issue and prevent it from continuing to affect residents' health.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Journal of Social Transformation and Regional Development

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.








