Analisis Isu Kesejahteraan Sosial Masyarakat Melayu di Akhbar Berita Harian Selang Masa 2018-2020

The Analysis of Social Well-Being Issues of the Malay Community in Berita Harian Newspaper Over the Period of 2018-2020

Authors

  • Rafina Rose binti Nasaruddin Pelajar Pasca Siswazah, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Harliana Halim Jabatan Sains Sosial, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Azizi Redza bin Zainal Bahagian Pembangunan,Perbadanan Islam Johor, Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Muhamad Faisal bin Ahmad Bahagian Pembangunan,Perbadanan Islam Johor, Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Shahidah binti Hamzah Jabatan Sains Sosial, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Kesejahteraan Sosial, Masyarakat Melayu, Isu akhbar

Abstract

Malay:

Kesejahteraan sosial masyarakat Melayu telah menjadi isu utama di dalam negara selang tempoh masa 2018-2020. Dalam pada itu, media akhbar di Malaysia banyak memainkan peranan dalam mengetengahkan isu kesejahteraan sosial dalam kalangan masyarakat Melayu. Antara akhbar yang banyak menonjolkan isu berhubung kesejahteraan sosial masyarakat Melayu dalam tempoh tersebut ialah Berita Harian. Justeru, kajian ini akan memfokuskan kepada isu kesejahteraan sosial masyarakat Melayu yang telah dilaporkan di media akhbar Berita Harian bagi mengenal pasti isu utama kesejahteraan sosial masyarakat Melayu seperti yang dilaporkan dalam tempoh 2018 sehingga 2020. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif, analisis dokumen, pengekodan dan tematik dalam menjalankan kajian. Hasil kajian mendapati isu yang dilaporkan oleh media akhbar Berita Harian ini amat menyumbang dalam membina gambaran holistik dan tepat berhubung kesejahteraan sosial masyarakat Melayu di samping berperanan membina persepsi masyarakat berhubung isu tersebut. Gambaran yang holistik dari perspektif media akhbar Berita Harian juga turut menyumbang kepada perancangan dan tindakan pro aktif oleh pihak kerajaan untuk menangani isu berkenaan. 

 

English:

The social well-being of the Malay community has become a major issue in the country during the period from 2018 to 2020. During this time, Malaysian newspapers played a significant role in highlighting social well-being issues within the Malay community. Among the newspapers that prominently featured issues related to the social well-being of the Malay community during this period was Berita Harian. Therefore, this study will focus identifying the social well-being issues of the Malay community reported in Berita Harian during the 2018 to 2020 period. This study employs a qualitative descriptive approach, document analysis, coding, and thematic analysis. The findings of the study show that the issues reported by Berita Harian greatly contribute to building a holistic and accurate picture of the social well-being of the Malay community, while also shaping public perceptions of these issues. This holistic view from the perspective of Berita Harian also contributes to proactive planning and actions by the government to address these issues.

Downloads

Published

12-12-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Rafina Rose binti Nasaruddin, Halim, H., Azizi Redza bin Zainal, Muhamad Faisal bin Ahmad, & Shahidah binti Hamzah. (2024). Analisis Isu Kesejahteraan Sosial Masyarakat Melayu di Akhbar Berita Harian Selang Masa 2018-2020: The Analysis of Social Well-Being Issues of the Malay Community in Berita Harian Newspaper Over the Period of 2018-2020. Journal of Social Transformation and Regional Development, 6(2), 108-119. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jstard/article/view/19805