Kajian Persepsi Terhadap Perubahan Zon Pinggir Pantai Impak Pembinaan Villa: Kajian Kes Pantai Setiu, Terengganu

Perception Study On Coastal Fringe Zone Changes Due To Villa Construction: A Case Study Of Setiu Beach, Terengganu

Authors

  • Haryati Shafii

Keywords:

zon pinggir pantai, impak pembinaan, Pembinaan villa, perubahan pinggir pantai, kesan negatif, hakisan dan pemendapan

Abstract

Malay:

Pembinaan villa di kawasan zon pinggir pantai memberi kesan negatif kepada perubahan pinggir pantai seperti hakisan dan pemendapan. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pandangan penduduk tentang impak pembinaan villa terhadap perubahan zon pinggir pantai di sekitar Penarek, Setiu, Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu soal selidik. Kaedah kuantitatif melibatkan pengedaran soal selidik secara dalam talian kepada 25 orang penduduk Kampung Rhu Sepuluh dan 25 orang penduduk Kampung Mangkuk. Hasil kajian mendapati bahawa pembinaan villa di zon pinggir pantai menyebabkan perubahan pinggir pantai dan perlu diberi perhatian dalam usaha mengurangkan hakisan di tepi pantai. Sebanyak 76% responden dari Kampung Rhu Sepuluh bersetuju dengan penyataan bahawa pembinaan villa mempercepatkan hakisan pantai dan responden dari Kampung Mangkuk sebanyak 72%. Diharapkan kajian ini dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu perubahan zon pinggir pantai akibat pembinaan villa, serta menyumbang kepada usaha pengawalan dan pengurusan hakisan secara lebih berkesan di pesisiran pantai Setiu.

English:

The Impact of Villa Construction on Coastal Zone Changes in Penarek, Setiu, Terengganu: A Community Perspective. The construction of villas in coastal fringe zones has negatively affected shoreline dynamics, particularly in terms of erosion and sedimentation. This study aims to examine local residents’ perceptions of the impact of villa development on changes in the coastal zone around Penarek, Setiu, Terengganu. A quantitative approach was employed using online questionnaires distributed to 25 residents of Kampung Rhu Sepuluh and 25 residents of Kampung Mangkuk. The data were analyzed using Excel to calculate percentage responses. Findings indicate that villa construction in coastal fringe areas contributes to significant changes in the shoreline and warrants attention in efforts to mitigate coastal erosion. Specifically, 76% of respondents from Kampung Rhu Sepuluh agreed that villa development accelerates beach erosion, while 72% of respondents from Kampung Mangkuk shared the same view. It is hoped that this study will provide deeper insights into the issue of coastal zone transformation due to villa construction and contribute to more effective erosion control and coastal management strategies in Setiu.

Author Biography

  • Haryati Shafii
    JAB PENGURUSAN PEMBINAAN 

Downloads

Published

03-12-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Shafii, H. (2025). Kajian Persepsi Terhadap Perubahan Zon Pinggir Pantai Impak Pembinaan Villa: Kajian Kes Pantai Setiu, Terengganu: Perception Study On Coastal Fringe Zone Changes Due To Villa Construction: A Case Study Of Setiu Beach, Terengganu. Journal of Social Transformation and Regional Development, 7(2), 85-96. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jstard/article/view/21814