Gaya Kepimpinan di Institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional Abad Ke-21: Ke Arah Kelestarian Pendidikan

Authors

  • Nurul Hidayah Liew Abdullah Jabatan Ikhtisas Pendidikan dan Siswazah/Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia/Batu Pahat,86400, Johor, Malaysia
  • Sofiatul Aqirah Ahmad Jabatan Ikhtisas Pendidikan dan Siswazah/Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia/Batu Pahat,86400, Johor, Malaysia

Keywords:

Gaya kempimpinan, pendidikan teknikal dan vokasional, Kelestarian Pendidikan

Abstract

Kepimpinan adalah penting dalam pengurusan institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV) agar pemimpinnya boleh membimbing pengikutnya ke arah mencapai sasaran dan matlamat organisasi serta boleh diamalkan di alam pekerjaan. Kepimpinan akademik harus diubah secara literal untuk menangani cabaran globalisasi, sejajar dengan kemajuan teknologi. Kajian ini dilaksanakan secara kajian literatur sistematik bagi mengkaji gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin dalam industri dan di institusi PTV. Setiap pemimpin mengamalkan gaya kepimpinan yang berbeza mengikut personalitinya, masa yang diperuntukkan, keprihatinan pemimpin terhadap pengikutnya dan selainnya. Hasil kajian literatur sistematik dengan 30 buah artikel yang dicapai melalui Google Scholar dan Proquest mendapati gaya kepimpinan transformasi sebagai gaya kepimpinan yang dominan dalam kalangan pemimpin institusi PTV dan juga dalam sektor industri, diikuti dengan kepimpinan demokratik, transaksi dan autokratik. Terdapat juga gaya kepimpinan lain yang kurang diamalkan oleh pemimpin seperti gaya kepimpinan karismatik . Hasil kajian juga mendapati bahawa amalan gaya kepimpinan yang bersesuaian mampu mendatangkan kesan yang positif terhadap institusi PTV dalam mencapai kelestarian pendidikan masa kini.

Downloads

Published

31-12-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Abdullah, N. H. L., & Sofiatul Aqirah Ahmad. (2023). Gaya Kepimpinan di Institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional Abad Ke-21: Ke Arah Kelestarian Pendidikan . Journal of TVET and Technology Review, 1(1), 22-29. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jttr/article/view/15960