Mentransformasikan Kepimpinan Pendidikan: Model Pengurusan Institusi TVET yang Berkesan

Authors

  • Zulkifli, M. A. N. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, 86400, Malaysia
  • Lee Ming Foong Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, 86400, Malaysia

Keywords:

Transformasi, kepimpinan pendidikan, model pengurusan berkesan, institusi TVET, Perkembangan individu

Abstract

Artikel ini membincangkan model pengurusan institusi TVET yang berkesan untuk mentransformasikan kepimpinan pendidikan di Malaysia. Sebanyak 22 buah artikel yang diperolehi melalui pangkalan data Google Scholar telah dikaji melalui kaeda kajian literatur sistematik. Dapatan kajian menujukkan bahawa amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan di institusi TVET adalah karismatik, perkembangan individu, stimulasi intelek, motivasi dan inovasi. Pelaksanaan transformasi kepimpinan dalam pendidikan merupakan aspek sangat penting bagi memastikan kejayaan dan kecemerlangan dalam institusi TVET. Institusi TVET memerlukan pengurusan dan kepimpinan yang berkaliber serta bertanggungjawab dalam melaksanakan amanah dengan baik agar dapat merealisasikan misi dan visi organisasi. Pemimpin yang berkaliber seperti bijak dalam melakukan tindakan dan keputusan adalah pemimpin yang dapat memutuskan keputusan yang baik kepada institusi serta dapat memuaskan hati semua pihak di institusi TVET. Hasil kajian literatur sistematik mendapati bahawa model pelaksanaan transformasi kepimpinan pendidikan dalam pengurusan institusi TVET yang paling dominan adalah perkembangan individu dalam kalangan pemimpin di institusi TVET, diikuti dengan sistem karismatik, inovasi, motivasi dan stimulasi intelek. Kajian lanjutan yang harus dilaksanakan adalah menentukan keberkesanan pelaksanaan transformasi kepimpinan pendidikan dalam pengurusan institusi TVET melalui model perkembangan individu agar dapat menjamin kualiti graduan TVET.

Downloads

Published

31-12-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

Zulkifli, M. A. N., & Ming Foong, L. (2023). Mentransformasikan Kepimpinan Pendidikan: Model Pengurusan Institusi TVET yang Berkesan . Journal of TVET and Technology Review, 1(1), 36-43. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jttr/article/view/16082