Pengurusan Pelajar Kelainan Upaya (OKU) dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)

Authors

  • Muhamad Firdaus Abdul Halim

Keywords:

Pengurusan, Fasiliti, OKU, TVET

Abstract

Jurnal artikel ini bertujuan untuk menyelidik mengenai pengurusan pelajar Kelainan Upaya (OKU) dalam konteks Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). Dengan penekanan pada penyelarasan program TVET terhadap keperluan pelajar OKU, kajian ini menggambarkan cabaran dan amalan terbaik yang dihadapi oleh pengurus dan pendidik dalam mengintegrasikan pelajar OKU ke dalam persekitaran pembelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional. Metodologi penyelidikan ini melibatkan kajian literatur daripada kajian-kajian yang telah dilaksanakan mengenai pengurusan pelajar kelainan upaya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun terdapat usaha positif dalam menyokong pelajar OKU dalam program TVET, terdapat cabaran unik seperti kekurangan sumber daya yang mencukupi, keperluan latihan khas untuk pendidik dan kemudahan di institusi yang diperlukan. Walau bagaimanapun, amalan terbaik dalam pengurusan pelajar OKU dalam TVET turut dikenalpasti. Hal ini termasuklah sokongan individu, latihan berterusan untuk pendidik serta fasiliti yang bersesuaian. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman mendalam mengenai pengurusan pelajar OKU dalam konteks pendidikan teknikal dan vokasional serta menyeru kepada pembaharuan polisi dan amalan baik untuk meningkatkan aksesibiliti dan keberkesanan pendidikan untuk pelajar OKU dalam pendidikan teknikal dan vokasional.

Downloads

Published

03-07-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Abdul Halim, M. F. . (2024). Pengurusan Pelajar Kelainan Upaya (OKU) dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). Journal of TVET and Technology Review, 2(1), 19-27. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jttr/article/view/18127