Isu dan Cabaran yang Dihadapi oleh Kepimpinan Wanita dalam Institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

Issues and Challenges Faced by Women Leaders in Technical and Vocational Education and Training (TVET) Institutions

Authors

Keywords:

Isu dan Cabaran, TVET, Kepimpinan Wanita, Stereotaip Jantina, Budaya Organisasi, Pengurusan Wanita yang lemah

Abstract

Malay:

Kajian literatur sistematik ini mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh wanita dalam institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Wanita dalam kedudukan kepimpinan TVET dapat membawa pendekatan yang inklusif dan holistik dalam pengurusan dan perancangan pendidikan vokasional. Dalam kajian tinjauan literatur bersistem ini pengkaji telah menganalisis sebanyak 22 penulisan berilmiah yang merangkumi artikel, jurnal, proceeding dan tesis berdasarkan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif daripada platform penyelidikan terkemuka seperti Emerald, ProQuest Dissertations & Theses Global, Scopus dan Google Scholars telah dianalisis menggunakan garis panduan PRISMA. Kajian ini menentukan sebelas (11) domain Isu dan Cabaran yang dihadapi oleh Kepimpinan Wanita dalam Institusi TVET seperti stereotaip jantina, pengurusan wanita yang lemah, diskriminasi organisasi, budaya organisasi, cabaran mempengaruhi pelaksanaan perubahan, halangan struktur dan sikap wanita dalam jawatan kepimpinan dalam organisasi, metafora siling kaca, kekurangan pembangunan professional dan pementoran, organisasi berat sebelah (bias), cabaran komunikasi dan halangan keluarga untuk bekerja. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kajian- kajian terdahulu telah membuktikan bahawa isu dan cabaran yang dihadapi oleh wanita memberi kesan kepada kepimpinan wanita dalam sesebuah institusi. Oleh itu, penyertaan wanita dalam kepimpinan TVET adalah penting untuk mencapai kesaksamaan jantina dan memastikan bidang ini terus berkembang dan relevan dengan keperluan industri. Melalui usaha yang berterusan dan pelaksanaan langkah-langkah yang tepat, dapat mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan menyokong untuk kepimpinan wanita dalam TVET.

English:

This systematic literature review identifies issues and challenges faced by women in Technical and Vocational Training Education (TVET) institutions. Women in TVET leadership positions can bring an inclusive and holistic approach in the management and planning of vocational education. In this systematic literature review, the researcher has analyzed a total of 22 scholarly writings that include articles, journals, proceedings and theses based on qualitative and quantitative research from leading research platforms such as Emerald, ProQuest Dissertations & Theses Global, Scopus and Google Scholars have been analyzed using PRISMA guidelines. This study determined eleven (11) domains of Issues and Challenges faced by Women's Leadership in TVET Institutions such as gender stereotypes, poor management of women, organizational discrimination, organizational culture, challenges affecting the implementation of change, structural barriers and attitudes of women in leadership positions in organizations, glass ceiling metaphors, lack of professional development and mentoring, biased organizations, communication challenges and family barriers to work. The results of this study show that previous studies have proven that the issues and challenges faced by women have an impact on women's leadership in an institution. Therefore, the participation of women in TVET leadership is essential to achieve gender equality and ensure that the field continues to grow and is relevant to the needs of the industry. Through continuous efforts and the implementation of the right measures, it can create a more conducive and supportive environment for women's leadership in TVET.

Downloads

Published

30-06-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Nur Ainaa Syifaa Annuar, & Ismail, A. A. (2025). Isu dan Cabaran yang Dihadapi oleh Kepimpinan Wanita dalam Institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET): Issues and Challenges Faced by Women Leaders in Technical and Vocational Education and Training (TVET) Institutions. Journal of TVET and Technology Review, 3(1), 1-15. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/jttr/article/view/19573