Amalan Penjaminan Kualiti Di Dalam Pelaksanaan Insitusi Teknikal dan Vokasional
Quality Assurance Practices in The Implementation of Technical and Vocational Institution
Keywords:
Quality assurance, Quality of Education, Accreditation, TVET.Abstract
Malay:
Bidang pendidikan pada hari ini memerlukan seseorang pelajar yang kompeten dan berkemahiran dalam sesuatu bidang yang dipelajari. Bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan salah satu bidang yang melahirkan graduan berkualiti yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam sesuatu bidang serta menjadi rebutan industri. Oleh itu, insitusi TVET diperuntukkan untuk memberikan peluang, akses dan kemajuan dalam bidang pendidikan termasuklah latihan, ilmu pengetahuan dan sikap yang diperlukan pasaran buruh. Namun demikian, terdapat cabaran yang pelbagai dalam pengoperasian insitusi TVET di mana ianya menjejaskan kualiti pendidikan seperti cabaran dalam sumber pembiayaan, infrastruktur, peralatan dan bahan, kualiti pengurusan, peraturan dan pengajaran. Oleh itu, penulisan ini ditulis oleh penyelidik untuk mengkaji amalan penjaminan kualiti yang diaplikasikan di dalam pengoperasian insitusi TVET. Pengumpulan data di dalam penulisan ini diperolehi melalui bahan bacaan seperti jurnal serta artikel dan diektrak menjadi dapatan utama. Penemuan utama kajian ini mendapati antara amalan jaminan kualiti yang paling banyak dipraktikkan dan diberi fokus ialah sistem akreditasi serta kualiti pendidikan iaitu kualiti guru. Antara penemuan yang diperolehi juga berkaitan dengan sistem pentaksiran, amalan keselataman, pengajaran guru dan juga pembiayaan. Hasil daripada penulian sistematik ini mendapati amalan penjaminan kualiti merupakan satu proses yang penting dalam memastikan sistem kualiti pendidikan yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan lebih efektif.
English:
The field of education today requires a student who is competent and skilled in a particular field of study. Technical and Vocational Education Training (TVET) is one of the fields that produce quality graduates who are knowledgeable and skilled in a certain field and become the industrial need. Therefore, TVET institutions are allocated to provide opportunities, access and progress including training, knowledge and attitudes required by the labor market. However, there are various challenges in the operation of TVET institutions which affect the quality of education such as challenges in funding sources, infrastructure, equipment and materials, management quality, regulation and teaching. So, this writing is to study quality assurance practices applied in the operation of TVET institutions. The data is obtained through reading materials such as journals and articles and extracted into the main findings. The main findings of this study found that among the quality assurance practices that are most practiced is the accreditation system as well as the quality of education, which is the quality of teachers. Other than that, the findings also related to the assessment system, safety practices, teaching and funding. The result of this systematic review found that quality assurance practice is an important process in ensuring that the implemented education quality system can achieve its goals and be more effective.








