Implikasi Pengurusan Infrastruktur dan Kemudahan Bengkel yang Efektif dalam Institusi TVET
Implications of Effective Workshop Infrastructure and Facility Management in TVET Institutions
Keywords:
Pengurusan Infrastruktur, Kemudahan Bengkel, Keberkesanan Pengajaran, Pendidikan Teknik Dan VokasionalAbstract
Malay:
Pengurusan infrastruktur dan kemudahan bengkel merupakan elemen penting dalam menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di institusi Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET). Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan literatur sistematik (Systematic Literature Review) untuk menganalisis 20 artikel akademik terkini berkaitan implikasi pengurusan infrastruktur dan kemudahan bengkel dalam konteks TVET. Analisis menunjukkan bahawa pengurusan infrastruktur dan kemudahan bengkel yang efektif menyumbang secara signifikan terhadap peningkatan kualiti latihan praktikal, keselamatan serta peningkatan hasil pembelajaran pelajar. Kajian juga menyorot pelbagai cabaran seperti kekangan sumber, perubahan teknologi, dan keperluan pematuhan standard kualiti yang memerlukan strategi pengurusan yang adaptif dan berterusan. Dapatan kajian ini memberikan panduan penting bagi pengurusan institusi dan pembuat dasar dalam memperkukuh pengurusan infrastruktur dan kemudahan bengkel demi memastikan TVET terus relevan dan berdaya saing dalam memenuhi keperluan industri masa depan.
English:
Infrastructure and workshop facility management play a crucial role in ensuring the effectiveness of teaching and learning in Technical and Vocational Education and Training (TVET) institutions. This study employs a systematic literature review (SLR) approach to analyze 20 recent academic articles related to the implications of infrastructure and workshop facility management in the TVET context. The analysis reveals that effective infrastructure and workshop facility management significantly contribute to improving the quality of practical training, safety and student learning outcomes. The study also highlights various challenges, such as resource constraints, rapid technological changes, and compliance with quality standards, which require adaptive and continuous management strategies. These findings provide valuable insights for institutional management and policymakers to strengthen infrastructure and workshop facility management, ensuring TVET remains relevant and competitive in meeting future industry demands.








