Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Kolej Vokasional

Level of Job Satisfaction Among Vocational College Lecturers

Authors

  • Mohamad M.M Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, MALAYSIA
  • Johari M.F. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, MALAYSIA
  • Othman K.H. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, MALAYSIA
  • Chia S.Y. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, MALAYSIA

Keywords:

Kepuasan kerja, pensyarah, TVET, Job satisfaction, lecturer, TVET

Abstract

Kepuasan kerja merujuk kepada perasaan positif atau puas yang dimiliki seseorang terhadap pekerjaannya. Terutamanya, kepuasan kerja pendidik TVET akan memberikan impak kepada pencapaian akademik, penglibatan, dan kesejahteraan pelajar. Maka kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja para pensyarah TVET di Kolej Vokasional. Seramai 44 orang pensyarah di Kolej Vokasional dari Negeri Sembilan telah terlibat dalam kajian ini. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 50 item soalan yang merangkumi lima faktor iaitu keadaan kerja, kedudukan gaji, penyeliaan pengarah, rakan sekerja dan peluang kenaikan pangkat. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 22.0. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya tahap kepuasan kerja pensyarah TVET di Kolej Vokasioanal berada pada tahap sederhana. Faktor rakan sekerja berada pada tahap kepuasan yang tertinggi manakala faktor kenaikan pangkat berada pada tahap kepuasan yang paling rendah. Analisis data juga mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan kerja dengan jantina, bidang dan pengalaman bekerja. Untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan komitmen para pensyarah, pihak berkepentingan perlu bertindak untuk meningkatkan tahap kepuasan kerja para pensyarah dengan menawarkan lebih banyak peluang kenaikan pangkat kepada mereka. Pada masa yang sama, para pensyarah juga perlu memanfaatkan peluang laluan guru cemerlang untuk peningkatan kerjayanya.

 

 

Job satisfaction refers to an employee's positive or contented feelings about his or her work. Significantly, the job satisfaction of TVET educators will impact academic achievement, engagement, and student well-being. Thus, this study aimed to determine job satisfaction among TVET instructors at vocational colleges, which involved 44 lecturers from the Vocational College in Negeri Sembilan. This quantitative study employs 50 questions covering five factors: working conditions, salary, direct supervision, coworkers, and promotion opportunities. The Statistical Package for Social Science Version 22.0 software analysed the data. The study results indicate that overall job satisfaction among TVET instructors at the Vocational College is moderate. The colleague factor is at the highest level of satisfaction, while the promotion opportunities factor is at the lowest level of satisfaction. The data analysis also revealed no significant correlation between job satisfaction and gender, expertise, or years of experience. In order to improve the quality of teaching and the commitment of lecturers, stakeholders need to increase the level of job satisfaction of lecturers by offering them more promotion opportunities. At the same time, the lecturers should take advantage of the excellent teacher pathway opportunities for career advancement.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

05-10-2023

Issue

Section

Articles

How to Cite

M.M, M. ., M.F., J., K.H., O., & S.Y., C. (2023). Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah Kolej Vokasional : Level of Job Satisfaction Among Vocational College Lecturers. Online Journal for TVET Practitioners, 8(2), 11-22. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/14141