Penilaian Modul Teknologi Pembinaan untuk Institusi Pendidikan Vokasional
Keywords:
Modul, pengajaran, pembelajaran, teknologi pembinaan, pemudahcaraanAbstract
Modul pengajaran dan pembelajaran merupakan bahan bantu mengajar yang telah dibangunkan serta digunakan dalam program teknologi pembinaan. Modul ini adalah satu keperluan untuk tujuan penyeragaman dan memudahkan pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan PdPc. Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk menentukan keperluan serta keberkesanan penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran bagi program teknologi pembinaan dalam pendidikan vokasional. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan iaitu kuantitatif dan kualitatif. Bagi pendekatan kuantitatif seramai 78 tenaga pengajar daripada seluruh Malaysia terlibat dengan tinjauan soal selidik. Manakala, bagi pendekatan kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur seramai 4 responden dipilib dengan kaedah persampelan bertujuan. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif dan dapat menunjukkan modul pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan adalah satu keperluan serta membantu tenaga pengajar dalam melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan. Data kuantitatif disokong dengan dapatan kualitatif yang dianalisis dengan kaedah tematik. Modul pengajaran dan pembelajaran didapati adalah keperluan dan sangat berkesan dalam pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan. Implikasi kajian ini menunjukkan modul pengajaran dan pembelajaran yang telah dibangunkan membantu tenaga pengajar dalam melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dengan terancang serta menyeluruh.
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Online Journal for TVET Practitioners

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.







