Pengetahuan, Sikap dan Amalan Pelajar dalam Peralihan Malaysia ke Negara Industri Rendah Karbon

Students' Knowledge, Attitudes, and Practices in Malaysia's Transition to a Low-Carbon Industrial Nation

Authors

  • Nur Zarifah Syamimi Tajuddin Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia
  • Muhammad Zakwan Anas Abd Wahid Centre for Chemical Engineering Studies, College of Engineering, UiTM Pulau Pinang, Permatang Pauh Campus, 13500 Pulau Pinang, Malaysia https://orcid.org/0009-0000-4470-6070

Keywords:

Kesediaan, Pengetahuan, Sikap, Amalan, Perindustrian, Rendah Karbon

Abstract

Malay:

Peralihan ke arah negara perindustrian rendah karbon merupakan langkah penting dalam menangani perubahan iklim dan mempromosikan pembangunan mampan. Malaysia telah berkomitmen untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih, yang memerlukan penglibatan aktif daripada pelbagai sektor, termasuk pendidikan. Kajian ini menilai tahap pengetahuan, sikap, dan amalan (KAP) berkaitan kelestarian rendah karbon dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai persediaan terhadap peralihan Malaysia ke arah industri rendah karbon. Menggunakan pendekatan kuantitatif, soal selidik dalam talian telah diedarkan kepada 358 responden bagi menilai kesediaan mereka terhadap amalan rendah karbon. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan, sikap dan amalan berada pada tahap tinggi, mencerminkan kesedaran yang kukuh terhadap kelestarian alam sekitar. Walau bagaimanapun, analisis ujian-t bebas mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dalam aspek KAP rendah karbon. Kajian ini menekankan keperluan untuk memperkukuh inisiatif pendidikan kelestarian, khususnya dalam mempertingkatkan amalan rendah karbon dalam kalangan pelajar bagi menyokong matlamat pembangunan mampan negara.

 

English:

The transition to a low-carbon industrial nation is a crucial step in addressing climate change and promoting sustainable development. Malaysia has committed to achieving net-zero carbon emissions, requiring active participation from various sectors, including education. This study assesses the level of knowledge, attitudes, and practices (KAP) regarding low-carbon sustainability among undergraduate students at Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) in preparation for Malaysia’s transition towards a low-carbon industrial nation. Using a quantitative approach, an online survey was conducted among 358 respondents to evaluate their readiness for low-carbon practices. The findings indicate high levels of knowledge, attitudes and practices demonstrating strong awareness of environmental sustainability. However, an independent t-test analysis revealed no significant gender differences in KAP levels. This study highlights the need to enhance sustainability education initiatives, particularly in reinforcing low-carbon practices among students to support the country’s sustainable development goals.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

31-03-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Tajuddin, N. Z. S., & Abd Wahid, M. Z. A. (2025). Pengetahuan, Sikap dan Amalan Pelajar dalam Peralihan Malaysia ke Negara Industri Rendah Karbon: Students’ Knowledge, Attitudes, and Practices in Malaysia’s Transition to a Low-Carbon Industrial Nation. Online Journal for TVET Practitioners, 10(1), 12-24. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/18416