Tahap Pengetahuan Membina Item Ujian dalam Kalangan Pensyarah TVET

Level of Knowledge in Test Item Construction among TVET Lecturers

Authors

  • Asyiqqin Mazlan UTHM
  • Azmanirah Ab Rahman

Keywords:

pembinaan item ujian, tahap pengetahuan pensyarah, kualiti penilaian dalam TVET

Abstract

Malay:

Walaupun pembinaan item ujian adalah aspek penting dalam menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi, masih terdapat pendidik yang kurang menguasai kemahiran membina item ujian yang selaras dengan objektif pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan membina item ujian dalam kalangan pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) serta mengkaji hubungan antara tahap pengetahuan tersebut dengan pengalaman mengajar dan perbezaan dengan kelayakan ikhtisas pendidikan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pensyarah FPTV. Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak, yang terdiri daripada pensyarah dengan dan tanpa ikhtisas pendidikan. Seramai 37 pensyarah telah menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan membina item ujian dalam kalangan pensyarah FPTV adalah tinggi. Walau bagaimanapun, tiada hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan tahap pengetahuan membina item ujian. Selain itu, kajian ini juga mendapati tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap pengetahuan membina item ujian antara pensyarah yang mempunyai ikhtisas pendidikan dan yang tidak mempunyai ikhtisas pendidikan. Kesimpulannya, walaupun tahap pengetahuan membina item ujian adalah tinggi dalam kalangan pensyarah FPTV, pengalaman mengajar dan kelayakan ikhtisas pendidikan tidak memainkan peranan yang signifikan. Implikasi daripada kajian ini mencadangkan bahawa latihan berterusan dalam pembinaan item ujian adalah penting untuk semua pensyarah, tanpa mengira latar belakang pendidikan mereka, bagi memastikan kualiti penilaian yang konsisten dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.

English:

The construction of test items is an important aspect in evaluating the success of teaching and learning at the higher education level. This study aims to identify the level of knowledge of building test items among lecturers at the Faculty of Technical and Vocational Education (FPTV) as well as examine the relationship between the level of knowledge and teaching experience and differences with educational specialist qualifications. This study uses a quantitative approach and uses a survey method through a questionnaire distributed to FPTV lecturers. Respondents were selected through a random sampling method, consisting of lecturers with and without educational specialization. A total of 37 lecturers have answered the questionnaire that has been distributed. The results of the study show that the level of knowledge of constructing test items among FPTV lecturers is high. However, there is no significant relationship between teaching experience and the level of knowledge of constructing test items. In addition, this study also found no significant difference in the level of knowledge of constructing test items between lecturers who have an education specialization and those who do not have an education specialization. In conclusion, although the level of knowledge of constructing test items is high among FPTV lecturers, teaching experience and educational qualifications do not play a significant role. Implications from this study suggest that ongoing training in the construction of test items is important for all lecturers, regardless of their educational background, to ensure consistent and effective assessment quality in teaching and learning.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-09-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mazlan, A., & Azmanirah Ab Rahman. (2025). Tahap Pengetahuan Membina Item Ujian dalam Kalangan Pensyarah TVET: Level of Knowledge in Test Item Construction among TVET Lecturers. Online Journal for TVET Practitioners, 10(2), 101-110. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/18445