Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kemahiran Membuat Keputusan dalam Kalangan Pelajar Kolej Vokasional Gerik

Problem-Solving Skills and Decision-Making Skills Among Gerik Vocational College Students

Authors

  • Nur Aizatul Adawiyah Mohd Sofian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Nur Syamimi Mohd Razali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Kemahiran menyelesaikan masalah , Kemahiran membuat keputusan , Kemahiran berfikir , Kolej Vokasional

Abstract

Malay:

Kemahiran menyelesaikan masalah ialah merangkumi proses pengumpulan maklumat yang relevan, menggunakan penaakulan logik, mengenal pasti penyelesaian yang mungkin, menilai hasil yang berpotensi bagi setiap penyelesaian, dan membuat keputusan yang berkesan. Kemahiran membuat keputusan melibatkan proses memilih tindakan atau keputusan daripada beberapa alternatif yang ada, dengan mengambil kira maklumat yang berkaitan, matlamat yang dikehendaki, dan keadaan semasa. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur tahap kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Gerik serta melihat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan pelajar SVM 1 dan 2. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dengan pendekatan kuantitatif dan seramai 195 responden yang telah memberi maklum balas melalui borang soal selidik. Analisis deskriptif digunakan untuk mengukur tahap kemahiran menyelesaikan masalah dan tahap kemahiran membuat keputusan dalam kalngan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min bagi kedua-dua tahap kemahiran berada pada tahap yang tinggi iaitu kemahiran menyelesaikan masalah M=4.22 dan kemahiran membuat keputusan M=4.29. Manakala analisis inferensi, iaitu Ujian T tidak bersandar, digunakan bagi mengukur perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Gerik. Dapatan kajian menunjukkan P=0.01, yang bermaksud terdapat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Gerik. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar SVM 1 dan 2 di Kolej Vokasional Gerik mahir dalam kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran membuat keputusan tidak kira dalam pembelajaran mahupun kehidupan harian mereka.

English:

Problem solving skills include the process of gathering relevant information, using logical reasoning, identifying possible solutions, evaluating the potential outcomes of each solution, and making effective decisions. Decision-making skills involve the process of choosing an action or decision from several available alternatives, considering relevant information, desired goals, and current circumstances. The purpose of this study is to measure the level of problem-solving skills and decision-making skills among Gerik Vocational College students and to see significant differences between male and female students regarding problem-solving skills and decision-making skills among SVM 1 and 2 students. This study uses a design survey with a quantitative approach and a total of 195 respondents who have given feedback through a questionnaire. Descriptive analysis is used to measure the level of problem-solving skills and the level of decision-making skills among students. The findings of the study show that the mean score for both skill levels is at a high level, namely problem-solving skills M=4.22 and decision-making skills M=4.29. While inferential analysis, which is an independent T-test, was used to measure the significant difference between male and female students in terms of problem-solving skills and decision-making skills among Gerik Vocational College students. The results of the study show P=0.01, which means there is a significant difference between male and female students regarding problem solving skills and decision-making skills among Gerik Vocational College students. Overall, the results of the study show that SVM 1 and 2 students at Gerik Vocational College are proficient in problem-solving skills and decision-making skills, whether in learning or in their daily lives.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-09-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohd Sofian, N. A. A., & Mohd Razali, N. S. (2025). Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Kemahiran Membuat Keputusan dalam Kalangan Pelajar Kolej Vokasional Gerik: Problem-Solving Skills and Decision-Making Skills Among Gerik Vocational College Students. Online Journal for TVET Practitioners, 10(2), 125-133. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/18458