Pengaruh Minat dan Sikap Terhadap Motivasi Pelajar di Kolej Vokasional Zon Selatan

The Influence of Interest and Attitude on Student Motivation in Southern Region Vocational Colleges

Authors

  • Nur Atiqah Md Yazid UTHM
  • Azita Ali

Keywords:

Minat, Sikap, Motivasi, pendidikan teknikal dan vokasional

Abstract

Malay:

Kajian ini adalah mengkaji pengaruh minat dan sikap terhadap motivasi pelajar di kolej vokasional (KV). Bilangan pelajar yang memasuki kolej vokasional pada peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) adalah tinggi pada setiap tahun, namun semakin berkurangan apabila memasuki peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pelajar tidak menyambung pengajian ke peringkat DVM antaranya pelajar telah mendapat pekerjaan, berpindah ke pusat pengajian, hanya berminat mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan lain-lain sebab. Kajian berbentuk kuantitatif deskriptif ini dijalankan secara tinjauan menggunakan soal selidik dengan melibatkan 374 orang pelajar tahun akhir SVM KV Zon Selatan dari program teknologi elektronik. Hasil dapatan menunjukkan tahap minat, sikap dan motivasi pelajar adalah berada pada tahap yang tinggi. Berdasarkan sub elemen minat seperti pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya serta sub elemen sikap seperti sikap tingkah laku dan sikap kognitif mempengaruhi motivasi pelajar. Selain itu juga, dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis motivasi yang dominan dalam kalangan pelajar adalah motivasi intrinsik dan didominasi oleh pelajar perempuan. Tambahan itu juga, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan sikap dengan motivasi pelajar. Oleh yang demikian, berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dapat memberi panduan kepada pendidik untuk menentukan kaedah yang bersesuaian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat serta dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap bidang yang diceburi dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian pelajar.

English:

This study examines the influence of interest and attitude on student motivation in vocational colleges (KV). The number of students enrolling in vocational colleges at the Malaysian Vocational Certificate (SVM) level is high each year, but it decreases significantly when progressing to the Malaysian Vocational Diploma (DVM) level. Several factors influence students' decisions not to continue to the DVM level, including gaining employment, transferring to another institution, only being interested in obtaining the Malaysian Skills Certificate (SKM), and other reasons. This descriptive quantitative study was conducted using a survey method involving 374 final-year SVM students from the Southern Zone KV in the electronic technology program. The findings show that the levels of interest, attitude, and motivation among students are high. Sub-elements of interest, such as parental and peer influence, and sub-elements of attitude, such as behavioural and cognitive attitudes, affect student motivation. Additionally, the study indicates that the dominant type of motivation among students is intrinsic motivation, which is predominantly observed in female students. Furthermore, the study reveals a significant relationship between interest and attitude with student motivation. Therefore, based on the findings, educators can use this information to determine appropriate teaching and learning methods to attract interest and enhance student motivation in their chosen fields, ultimately contributing to student achievement.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-09-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Md Yazid, N. A., & Azita Ali. (2025). Pengaruh Minat dan Sikap Terhadap Motivasi Pelajar di Kolej Vokasional Zon Selatan: The Influence of Interest and Attitude on Student Motivation in Southern Region Vocational Colleges. Online Journal for TVET Practitioners, 10(2), 92-100. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/18714