Pembelajaran Transformatif dalam Latihan Kemahiran Program Pembangunan Usahawan Asnaf

Authors

  • Mimi Mohaffyza Mohamad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Fatimah Abdul Salam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Latihan Kemahiran, Program Pembangunan Asnaf, Pembelajaran Transformatif

Abstract

Kertas kerja ini akan membincangkan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kursus latihan kemahiran yang dijalankan dalam Program Pembangunan Asnaf (PPA) di negeri Johor. PPA merupakan salah satu inisiatif institusi zakat di Malaysia dalam usaha membasmi kemiskinan negara melalui pengagihan zakat secara produktif yang akan membawa golongan asnaf yang berpotensi ke arah peningkatan taraf sosio ekonomi mereka. Salah satu aktiviti yang dianjurkan dalam PPA termasuklah perlaksanaan kursus latihan kemahiran yang bertujuan melatih golongan asnaf bukan sahaja dari segi kemahiran vokasional, malah kemahiran insaniah khususnya pengurusan perniagaan. Usaha untuk mentransformasi golongan asnaf tidak mudah kerana stigma sikap kebergantungan yang tinggi yang menyebabkan jati diri yang lemah untuk menceburi aktiviti perniagaan yang sudah tentu penuh dengan cabaran. Pembelajaran transformatif melalui pendekatan humanistik dilihat sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai oleh kerana ia sinonim dengan konsep pembelajaran dewasa. Oleh itu, kajian berbentuk kualitatif dengan pendekatan kaedah temubual dijalankan bagi meneroka secara terperinci aplikasi pembelajaran transformatif serta strategi penyampaian fasilitator pengajar dalam latihan kemahiran yang dijalankan dalam PPA. Seramai empat (4) orang peserta kajian dipilih dari kalangan fasilitator dan pelatih asnaf yang sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Asnaf Johor Bahru. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa, strategi pengajaran dan pembelajaran yang diaplikasikan oleh fasilitator pengajar selari dengan konsep pembelajaran transformatif. Kajian ini memberi implikasi kepada pihak institusi zakat negeri dan organisasi perunding latihan dalam membuat perbandingan keberkesanan strategi yang digunakan seterusnya merencana gerak kerja PPA pada masa akan datang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

03-10-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mimi Mohaffyza Mohamad, & Fatimah Abdul Salam. (2024). Pembelajaran Transformatif dalam Latihan Kemahiran Program Pembangunan Usahawan Asnaf. Online Journal for TVET Practitioners, 9(2), 166-177. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/18807