Tahap Efikasi Kendiri dan Hubungannya Dengan Peningkatan Kompetensi Guru RBT Di Maktab Rendah Sains MARA
Keywords:
Efikasi Kendiri, Peningkatan Kompetensi, Guru RBT, Maktab Rendah Sains MARAAbstract
Tahap efikasi dan kompetensi guru sentiasa menjadi perbahasan penting dalam usaha memastikan guru kekal kompeten bagi melaksanakan tanggungjawab keguruan yang penuh dengan cabaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap efikasi guru dan hubungannya dengan peningkatan kompetensi guru-guru di MRSM. Reka bentuk kajian adalah secara kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Kaedah persampelan berperingkat dalam kalangan guru MRSM digunakan untuk pemilihan sampel. Ia dianalisis menggunakan perisian Statistic Procedure for Social Science 25.0 untuk menganalisis dapatan deskriptif dan inferensi. Kajian mendapati tahap efikasi kendiri guru di MRSM berada pada tahap tinggi iaitu (M=7.32, SP=0.93). Melalui analisis korelasi Pearson juga menjadi bukti terdapat hubungan yang signifikan antara efikasi guru dengan peningkatan kompetensi guru iaitu tahap signifikan p<.01, nilai korelasi pearson ditunjukkan adalah r=.529. Dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa kaedah pengajaran dalam domain efikasi guru-guru di MRSM menjadi peramal utama terhadap peningkatan kompetensi. Dapatan kajian juga memberikan pengetahuan berguna kepada guru, pihak pengurusan MRSM dan mereka yang terlibat dalam memastikan efikasi guru sentiasa berada pada tahap tinggi yang akan memberi kesan terhadap peningkatan kompetensi guru.
Downloads
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 Online Journal for TVET Practitioners

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.







