Keberkesanan Pembelajaran Gamifikasi dalam Pencapaian Pelajar bagi Topik Nombor Kompleks

Effectiveness of Gamification Learning in Student’s Achievement for Complex Number Topic

Authors

  • Azita Ali Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Lutfiah Natrah Abbas Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Azrina Mohmad Sabiri Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Nombor Kompleks, gamifikasi

Abstract

Matematik adalah salah satu subjek yang kurang mendapat sambutan di kalangan pelajar. Ini kerana kesukaran pelajar dalam memahami konsep dan kekangan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermotivasi. Jesteru itu, kaedah gamifikasi dilihat sebagai satu alternatif kepada penyelesaian masalah ini. Kajian ini menggunakana Model ADDIE bagi membangunkan gamifikasi bagi topik nombor kompleks dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point. Reka bentuk kajian ini menggunakan kuasi eksperimen dan perisian SPSS bagi tujuan analisis data. Bagi melihat keberkesanan bahan pengajaran ini terhadap pelajar ianya diukur dengan menggunakan ujian penilaian pra dan pasca melalui kaedah Ujian-T iaitu Ujian Sampel Tidak Bersandar. Seramai enam puluh orang pelajar terlibat dalam kajian ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah tradisional dan kumpulan rawatan menggunakan pendekatan gamifikasi. Pada awal sesi pembelajaran kedua-dua kumpulan telah diberikan ujian pra yang menunjukkan kedua-dua kumpulan mempunyai tahap pembelajaran yang sama tetapi selepas ujian pasca dilakukan, terdapat perbezaan signifikan antara kedua-dua kumpulan tersebut. Persepsi pelajar turut menunjukan maklum balas positif terhadap penggunaan gamifikasi ini dalam menarik minat dan motivasi mereka bagi topik nombor kompleks. Oleh yang demikian dapat disimpulkan pendekatan gamifikasi dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar sekaligus meningkatkankan skor pencapaian pelajar berbanding dengan kaedah tradisional

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-09-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ali, A., Abbas, L. N. ., & Mohmad Sabiri, A. . (2021). Keberkesanan Pembelajaran Gamifikasi dalam Pencapaian Pelajar bagi Topik Nombor Kompleks: Effectiveness of Gamification Learning in Student’s Achievement for Complex Number Topic. Online Journal for TVET Practitioners, 6(2), 108-122. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/6068

Most read articles by the same author(s)