Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21

Students' Perceptions of Interactive Multimedia Applications in the 21st Century Teaching and Learning Process

Authors

  • Nur Farahkhanna Mohd Rusli UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
  • Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UPSI
  • Mohd Ra’in Shaari Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, UPSI
  • Kesavan Nallaluthan Fakulti Pengurusan Manusia, UPSI

Keywords:

Persepsi, pelajar, multimedia interaktif, pengajaran, pembelajaran

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti persepsi pelajar terhadap aplikasi multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Multimedia interaktif merupakan integrasi lima elemen (teks, grafik, video, audio dan animasi). Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen. Data dianalisis secara kuantitatif dan deskriptif. Responden kajian pula terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan satu melalui pensampelan bertujuan, iaitu bertujuan menjawab objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan hampir majoriti pelajar menanggapi persepsi yang positif terhadap aplikasi multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah ini dapat membantu pelajar lebih fokus selain memahami kandungan pelajaran dengan lebih mudah. Secara keseluruhannya, guru-guru perlu sedar bahawa aplikasi aplikasi multimedia interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memberi impak yang positif, bukan sahaja terhadap kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi guru itu sendiri yang dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran, malah pada masa yang sama dapat melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif, celik IT dan berilmu pengetahuan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

31-03-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Mohd Rusli, N. F. ., Che Ibrahim, N. F. S. ., & Shaari, M. R. (2021). Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21: Students’ Perceptions of Interactive Multimedia Applications in the 21st Century Teaching and Learning Process (K. Nallaluthan , Trans.). Online Journal for TVET Practitioners, 6(1), 15-24. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/6569

Most read articles by the same author(s)