Pengaruh Kekerapan Menonton Youtube dan Sikap Terhadap Minat Untuk Menjadi Youtuber

The Influence of Youtube Watching Frequency and Attitude towards Interest to Become a Youtuber

Authors

  • Normala Ahmad Politeknik Kota Kinabalu
  • Nik Saifudin Nik Md. Salleh Politeknik Kota Kinabalu
  • Dicky Wiwittan Toto Ngadiman Politeknik Kota Kinabalu

Keywords:

Attitudes, frequency of browsing YouTube, career

Abstract

Malay: Lebih dari 100 jam video telah dimuat naik ke saluran YouTube setiap minit, dan lebih daripada 1 bilion pengguna yang mengunjungi YouTube setiap bulan pada zaman kini. Kajian lepas mendapati saluran YouTube sering ditonton oleh orang dewasa yang berusia antara 18-34 tahun. Senario ini amat membimbangkan kerana isi kandungan YouTube kadangkala boleh mendatangkan kemudaratan terutamanya kepada golongan pelajar yang sepatutnya menumpukan masa kepada pembelajaran daripada menonton YouTube. Walaupun demikian, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat kesan positif saluran YouTube terhadap segelintir golongan individu iaitu saluran YouTube boleh digunakan untuk menjana pendapatan yang lumayan oleh mereka yang lebih dikenali sebagai YouTuber. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menilai hubungan antara kekerapan menonton YouTube dan sikap remaja mengenai YouTuber terhadap minat remaja untuk menjadi YouTuber sebagai kerjaya. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Dalam kajian ini, seramai 42 orang pelajar daripada institusi pengajian tinggi iaitu Politeknik dijadikan sampel kajian. Teknik pensampelan ada yang digunakan adalah pensampelan rawak. Perisian SPSS v.22 digunakan untuk menjalankan analisis deskriptif dan Korelasi Pearson. Hasil kajian mendapati ramai pelajar cenderung untuk menjadi Youtuber. Hasil analisis juga mendapati sikap terhadap YouTuber mempengaruhi secara signifikan terhadap minat menjadi YouTuber dalam kalangan pelajar. Disebabkan kesukaran untuk mengawal aktiviti YouTuber, kajian ini mencadangkan agar pihak institusi pendidikan sentiasa memberi nasihat bahawa hanya video-video yang memberi manfaat dan berunsur kebaikan sahaja dihasilkan kepada pelajar yang cenderung untuk menjadi YouTuber.

 

English: Today, more than 100 hours of video are uploaded to the YouTube channel every minute, more than 1 billion users visit YouTube every month and studies have found that YouTube channels are more watched by adults aged 18-34. This scenario is very worrying because it can cause negligence especially to students who should be more focused on lessons than watching YouTube. Even so, there is no denying that YouTube channels have a positive influence on a handful of individuals. Among the positive influences is that YouTube channels can be used to generate lucrative income by a handful of individuals better known as Youtuber. Thus, this study was conducted to determine the relationship between the frequency of watching YouTube and the attitude of YouTuber towards the interest to become YouTuber as a career. A total of 42 students from Politeknik Kota Kinabalu were involved in this study. A SPSS Software v.22 used to conduct descriptive analysis and linear regression. The results of the study found that many students tend to be youtubers. Due to the difficulty in controlling YouTuber activities, this study suggests that educational institutions should always give advice to students who tend to become YouTubers, only videos that are beneficial and good practice are produced.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-03-2022

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ahmad, N., Nik Md. Salleh, N. S. ., & Ngadiman, D. W. T. . (2022). Pengaruh Kekerapan Menonton Youtube dan Sikap Terhadap Minat Untuk Menjadi Youtuber: The Influence of Youtube Watching Frequency and Attitude towards Interest to Become a Youtuber. Online Journal for TVET Practitioners, 7(1), 95-101. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/8052