Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keterlibatan Pelajar Bidang Teknologi Kimpalan Dalam Ko-Kurikulum di Kolej Vokasional

Factors that Influence Welding Technology Students’ Involvement in Co-Curriculum at Vocational College

Authors

  • Tze Ching Ong Politeknik Kuching Sarawak
  • Tengku Mohamad Amer Tengku Mohamad Nazili Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Chee Sern Lai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Keterlibatan, Ko-kurikulum, Kolej Vokasional

Abstract

Ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum asas yang melibatkan kegiatan atau aktiviti di luar kelas selain daripada subjek akademik yang wajib dipelajari oleh pelajar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam ko-kurikulum, tetapi kajian tentang penentuan faktor pengaruh terhadap keterlibatan pelajar dalam bidang Teknologi Kimpalan dalam ko-kurikulum dalam konteks kolej vokasional masih kurang. Oleh sebab itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar bidang Teknologi Kimpalan dalam ko-kurikulum di Kolej Vokasional.  Kajian ini melibatkan seramai 101 orang responden yang terdiri daripada pelajar Teknologi Kimpalan di sebuah Kolej Vokasional di negeri Johor. Proses pengumpulan data dilaksanakan dengan menggunakan borang soal selidik. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam ko-kurikulum berada padat tahap yang tinggi iaitu faktor guru (min = 3.84, SP = 0.79), faktor minat (min = 3.87, SP = 0.78), faktor kemudahan (min = 3.88, SP = 0.81) dan faktor akademik (min = 3.88, SP = 0.78).  Manakala, ujian regresi menunjukkan faktor guru merupakan satu-satunya faktor dominan yang signifikan [t(100) = -2.176, p<0.05)] yang mempengaruhi keterlibatan pelajar dalam ko-kurikulum. Sebagai kesimpulam, guru seharusnya bertindak lebih proaktif dan memainkan peranan yang lebuh berkesan supaya keterlibatan pelajar bidang Teknologi Kimpalan dalam ko-kurikulum di Kolej Vokasional lebih aktif dan bermakna.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

30-09-2021

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ong, T. C., Tengku Mohamad Nazili, T. M. A. ., & Lai, C. S. (2021). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keterlibatan Pelajar Bidang Teknologi Kimpalan Dalam Ko-Kurikulum di Kolej Vokasional: Factors that Influence Welding Technology Students’ Involvement in Co-Curriculum at Vocational College. Online Journal for TVET Practitioners, 6(2), 80-90. https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/9530