PENTAKSIRAN KREATIVITI SAINTIFIK UNTUK PRASEKOLAH

Authors

Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah
Chin Mui Ken@ Lily

Synopsis

Buku ini menerangkan bagaimana proses pentaksiran kreativiti saintifik kanak-kanak prasekolah dilaksanakan melalui instrumen Kreativiti Saintifik Bergambar (KSB). Instrumen KSB dibangunkan semata-mata untuk mentaksir dimensi tret iaitu Keaslian, Kelancaran, Penghuraian, Keabstrakan Tajuk, dan Rintangan terhadap Penutupan Pra-matang melalui lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Penulis menunjukkan item-item KSB melalui Borang A dan B bagi memudahkan para pembaca membuat rujukan. Bagi membantu pentaksir membuat persediaan sebelum pentaksiran dan menentukan skor selepas menjalankan pentaksiran, penulis telah mengilhamkan manual arahan dan panduan penskoran dalam bentuk tulisan ringkas, kemas dan padat berserta contoh-contoh lukisan. Buku ini terbit hasil daripada gabungan mantap Model Struktur Kreativiti Saintifik dan Penskoran Torrance. Buku ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada golongan prasiswazah dan pascasiswazah sama ada di Institut Pendidikan Guru dan IPTA/IPTS serta golongan pendidik dan penyelidik yang berminat untuk melaksanakan kajian tentang kreativiti saintifik dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

1 January 2018

Details about the available publication format: PDF

PDF

ISBN-13 (15)

978-967-2110-50-7

How to Cite

Siew Nyet Moi @ Sopiah Abdullah, & Chin Mui Ken@ Lily. (2018). PENTAKSIRAN KREATIVITI SAINTIFIK UNTUK PRASEKOLAH. Penerbit UTHM. https://penerbit.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/181