ASAS RANGKAIAN KOMPUTER
Synopsis
Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT menjadi sebahagian budaya kerja dan kehidupan dalam masyarakat Malaysia terutama dengan perkembangan teknologi akses internet yang sangat baik dan meluas. Asas kepada teknologi Internet adalah rangkaian komputer. Sekiranya sesebuah komputer itu berupaya mengakses Internet menerusinya, ia juga merupakan sebahagian daripada rangkaian komputer. Perkembangan dunia ICT yang cepat juga membuatkan peralatan ICT mudah dan mampu dimiliki.Dengan terdapatnya lebih daripada satu komputer dalam sesebuah rumah atau organisasi, teknologi rangkaian komputer ini boleh dimanfaatkan untuk perkongsian data-data dan sumber-sumber ICT. Buku ini memberi beberapa panduan asas dari segi teori dan praktikal dalam implementasi rangkaian komputer bagi perumahan-perumahan dan organisasi-organisasi yang bersaiz kecil dan sederhana.