Pengenalan Pendidikan STEM

Authors

Suhaizal Hashim
Khairul Anuar Abdul Rahman
Mohd. Erfy Ismail

Keywords:

Pendidikan, kemahiran, kualiti, pengetahuan

Synopsis

Buku ini terhasil dengan hasrat untuk mengikut arus perkembangan semasa seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi terutamanya bidang Sains (Science), Teknologi (Technology), Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik (Mathematics) yang dikenali sebagai STEM di Malaysia kepada para pendidik, pelajar dan juga ibu bapa. Sejajar dengan kehendak pembelajaran abad ke-21 dan atas kesedaran bahawa masih ramai lagi golongan pendidik dan pelajar di luar sana yang kurang pasti mengenai kandungan dalam pendidikan STEM, buku ini boleh membantu perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih berkesan dan efektif. Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi memerlukan tahap pengetahuan golongan pendidik dan pelajar yang sentiasa peka terhadap perkembangan dalam bidang STEM. Pelaksanaan dan penguasaan kemahiran pedagogi abad ke-21 guru juga perlu disusun rapi dan diperhalusi secara terperinci dengan menilai dari pelbagai sudut. Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) adalah penting bagi memastikan kualiti sistem pendidikan negara setanding dengan negara maju yang menghasilkan kualiti pelajar yang terbaik dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran sains khususnya. Justeru, perkongsian ini amat bermakna bagi membantu para guru atau pelajar-pelajar sebagai bakal pendidik di masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Al-Azawi, R., Albadi, A., Moghaddas, R., & Westlake, J. (2019, April). Exploring the potential of using augmented reality

and virtual reality for STEM education. In International Workshop on Learning Technology for Education in Cloud (pp. 44-36). Springer, Cham.

Apak, J., & Taat, M. S. (2018). Pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(4), 6-22.

Published

1 November 2022

Details about the available publication format: PDF

PDF

ISBN-13 (15)

978-967-0061-25-2

How to Cite

Suhaizal Hashim, Khairul Anuar Abdul Rahman, & Mohd. Erfy Ismail. (2022). Pengenalan Pendidikan STEM. Penerbit UTHM. https://penerbit.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/344