Survival Melayu

Authors

Hanif Md Lateh; Rahimah Embong; Norizan Abdul Ghani; Mohd Borhanuddin Zakaria; Razi Yaakob

Synopsis

Buku Survival Melayu adalah kompilasi kertas kerja yang dibentang dalam International Conference on Islamic Civilization (ICIC 2017) anjuran Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), UniSZA. Kertas kerja terbaik yang dimuat dalam buku ini adalah cetusan idea penulis dan telah disunting dan diseragamkan mengikut format yang ditentukan.Survival Melayu memaparkan kegemilangan bangsa Melayu, perjuangan ulama, agamawan dan pejuang bangsa Melayu bermula dengan penentangan campur tangan, penerusan dalam mempertahan parti-parti politik serta persepsi terhadap parti politik yang ada. Buku ini dimulakan dengan paparan peranan ulama silam dalam mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu di Tanah Melayu khususnya di negeri Terengganu semasa campur tangan British dan Jepun. Pelbagai cara digunakan oleh ulama dan pejuang Melayu iaitu menasihati sultan supaya tidak menerima penasihat British; perang sabil atau pemberontakan menentang British dan juga menggunakan media cetak seperti majalah dan surat khabar. Sealiran dengan perbincangan ulama dan peranannya, buku ini juga membincangkan konsep jihad dalam Islam dan bagaimana pejuang Melayu Islam mengamalkan konsep jihad dalam perjuangan menentang campur tangan. Kewajipan menyertai jihad kembali kepada hukum asal berjihad fi sabilillah menurut jumhur iaitu fardu kifayah.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Basir Alias. 2002. Ancaman Nasionalis Sekular Ekstrim di Malaysia. Bangi: As-Syabab Media.

Abdullah Zakaria Ghazali. 1996. Terengganu: Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.

Adnan Mohd Nor. 1974. Perjuangan Dato’ Ibrahim Fikri Dalam Arena Politik Di Negeri Terengganu (Antara Tahun 1930-an – 1960-an). Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Anderson, J. 1824. Political and Commercial Considerations Relative to The Malayan Peninsula and the British Settlements in the Straits of Malacca. British Goverment: Printed under authority of Government by William Cox.

ANM (Terengganu), (Tidak berfail) Yang Berkenaan Dengan Triti di Antara Kerajaan Inggeris dan Siam Dalam Tahun 1909.

ANM (Kuala Lumpur), Koleksi Perjanjian ANM, P.112, The Anglo-Siamese Treaty, 10 Mac 1909.

AMN (Kuala Lumpur), Fail Pejabat Menteri Besar, M.B. Tr., 1001/1343, Duli Yang Maha Mulia King George Telah Suka Mengurniakan Kebesaran C.B.E. kepada Dato’ Seri Amar Diraja MB, 1925.

ANM (Kuala Lumpur), Fail Pejabat Menteri Besar, PMB. Tr., 34/1354, Paderi Negeri Melaka Memohon Sekeping Tanah Kerana Mendirikan Sebuah Gereja dan Sekolah.

Cahaya Timur. Bil. 6. Tahun pertama. Singapura Sudah Jatuh. Kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 (30 Muharram 1361).

Fajar Asia No.5, 13 Shigatsu 2603, “Menghapuskan Syaitan-Syaitan Dunia. Pidato Tuan Besar Taisa Okubo Sendenbucho (Ketua Pejabat Dakyah) dalam Perjumpaan Raya Kaum Islam di Syonan”.

Fajar Asia No.5, 13 Shigatsu 2603, “Perjumpaan Agung Wakil-Wakil Umat Islam Seluruh Malai-Sumatera”.

Misbaha. 1982. Sepintas Lalu Dari Satu Kenangan. Warisan, Jurnal PSMCT, Bil. 3, Kuala Terengganu.

Mohd Nasir Ismail. 1991. Pendudukan Jepun di Terengganu 1942- 1945, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Trengganu Shuho (Warta Kerajaan), 16 Rokugatsu 2603, bil. 12. Trengganu Shuho (Warta Kerajaan), 16 Sangatsu 2603, bil. 6, Ucapan Yang Berhormat Sultan Ali.

Wan Ramli Wan Mohamad. 1993. Pengakuan Tengku Ali: Mengapa Saya Diturunkan dari Takhta Terengganu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Downloads

Published

1 January 2022

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-967-2817-79-6

How to Cite

Hanif Md Lateh, Rahimah Embong, Norizan Abdul Ghani, Mohd Borhanuddin Zakaria, & Razi Yaakob. (2022). Survival Melayu. Penerbit UTHM. https://penerbit.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/349