Kisah Perjalanan yang Bernoktah

Authors

Isredza Rahmi A Hamid
Masitah Ahmad
Zuraini Ramli

Synopsis

Buku ini merangkumi 12 buah tulisan, dihasilkan oleh 12 orang penulis yang telah melalui sebuah perjalanan untuk mendapatkan segulung ijazah Doktor Falsafah. Buku ini bukanlah sebuah buku biasa yang menceritakan perjalanan yang sama. Malah, penulis-penulis yang menghasilkan penulisan dalam naskhah ini juga bukan siapa-siapa dan bukanlah penulis yang hebat. Walaupun begitu, garapan dalam naskhah ini adalah karya asli yang lahir daripada hati sanubari setiap penulis. Kisahkisah dalam buku ini adalah kisah sebenar yang dialami penulis dengan cerita dan pengalaman yang pelbagai semasa menyelesaikan pengajian. Melalui Kisah Perjalanan yang Bernoktah ini, pembaca dihidangkan dengan suka duka, keringat, nikmat, keluhan, kesyukuran dan air mata yang dilalui untuk sampai ke garisan penamat. Naskhah ini persis sebuah manual atau panduan yang dihadapi oleh setiap penulis yang mempunyai cita-cita dan tanggungjawab serta amanah untuk diselesaikan. Selain itu, buku ini juga diharapkan menjadi rujukan kepada mereka yang ingin membakar semangat dalam memulakan perjalanan untuk mendapatkan ijazah. Pengajaran utama yang dipaparkan dalam buku ini adalah setiap yang bermula pasti akan ada penghujungnya. Diharapkan naskhah ini dapat memberikan pedoman dan inspirasi kepada para pembaca yang akan menempuh perjalanan yang sama. Semoga setiap perjalanan anda juga akan berakhir dengan sebuah kejayaan luar biasa di penghujungnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

1 March 2023

Details about the available publication format: PDF

PDF

ISBN-13 (15)

978-967-0061-57-3

Physical Dimensions

How to Cite

Isredza Rahmi A Hamid, Masitah Ahmad, & Zuraini Ramli. (2023). Kisah Perjalanan yang Bernoktah. Penerbit UTHM. https://penerbit.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/369